Skip to main content

Malaysia

Lelaki tersepit dalam Audi selepas kemalangan berhampiran Terowong SMART

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki tersepit di tempat duduk pemandu selepas kereta jenis Audi dipandunya terbabit dalam kemalangan selepas Terowong Smart menghala ke pusat bandar di sini pada Ahad.
Mangsa berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba sebelum diserahkan kepada ambulans Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). -Foto Sinar Harian
Advertisement

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki cedera selepas tersepit di tempat duduk pemandu apabila kereta Audi yang dipandunya terbabit dalam kemalangan berhampiran Terowong SMART menghala ke pusat bandar pada Ahad, lapor Sinar Harian.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I Najilan Che Pha, berkata Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu sebelum pasukan penyelamat dikerahkan ke lokasi.

“Sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) bersama lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pudu digerakkan ke lokasi kejadian.

“Kemalangan membabitkan sebuah kereta Audi dan seorang lelaki berusia 37 tahun yang tersepit di tempat duduk pemandu,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata mangsa berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba sebelum diserahkan kepada ambulans Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Mangsa yang mengalami kecederaan pada bahagian kaki kemudian dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Kes selanjutnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Must Watch Video

Advertisement