awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPSR tidak akan dikembalikan - Fadhlina
Pengurusan persepsi awam kunci kejayaan reformasi sektor pendidikan, pertahanan
Sultan Pahang tangguh perjalanan bantu mangsa kemalangan di Temerloh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki tertidur atas bumbung diselamatkan

Sinar Harian
Sinar Harian
12/10/2021
20:50 MYT
Lelaki tertidur atas bumbung diselamatkan
Lelaki yang terperangkap di atas bumbung rumah diselamatkan anggota bomba dari BBP Maran pada Isnin. -Foto Ihsan Bomba
MARAN: Anggota bomba menyelamatkan seorang lelaki yang terperangkap di atas bumbung rumah di perumahan murah Kampung Berkat di sini pada Isnin.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Maran, Penolong Penguasa Bomba, Samsul Effendi Sulaiman berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 9.16 malam mengenai kejadian tersebut.
Menurutnya, seramai lapan anggota dari BBP Maran bersama sebuah jentera terbabit dalam operasi tersebut.
"Sebaik tiba di tempat kejadian, kita dapati seorang lelaki berusia 30an berada di atas bumbung rumah.
"Pasukan bomba menggunakan tangga dan pengusung bagi menurunkan mangsa dan diserahkan kepada pihak polis," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.
Lelaki tersebut dipercayai tertidur di atas bumbung dan kejadian disedari orang awam yang bertindak menghubungi pihak polis.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#terperangkap di atas bumbung rumah
#perumahan murah Kampung Berkat
#Lelaki tertidur atas bumbung
#Balai Bomba dan Penyelamat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan