awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki tikam kekasih minta putus hubungan ditahan

Sinar Harian
Sinar Harian
16/08/2023
07:05 MYT
Lelaki tikam kekasih minta putus hubungan ditahan
Suspek berusia 41 tahun yang merupakan warga tempatan ditahan di pekarangan Masjid Sultan Iskandar Bandar Dato Onn, Johor Bahru pada Selasa. - Gambar hiasan
AMPANG: Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai menikam kekasihnya dalam kejadian di kawasan parkir sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa di sini pada 6 Ogos lalu.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, suspek berusia 41 tahun yang merupakan warga tempatan ditahan di pekarangan Masjid Sultan Iskandar Bandar Dato Onn, Johor Bahru pada Selasa.
"Semakan mendapati suspek memiliki dua rekod jenayah lampau dan kini direman empat hari bagi siasatan lanjut," katanya.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan seorang wanita tempatan dipercayai ditikam suspek di kawasan parkir kenderaan di sebuah kondominium.
Suspek turut bertindak memancitkan tayar kereta selain memecahkan cermin hadapan kereta mangsa ketika mangsa berada di dalam kereta.
Mohd Azam berkata, siasatan mendapati suspek bertindak sedemikian disebabkan mangsa mahu memutuskan hubungan cinta.
Katanya, siasatan lanjut berkaitan kejadian masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#tikam kekasih
#suspek ditahan
#putus hubungan
#Bukit Antarabangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan