awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki tumbuk bomba direman empat hari

Astro Awani
Astro Awani
16/10/2020
07:47 MYT
Lelaki tumbuk bomba direman empat hari
Perintah reman dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Kajang, Sharifah Fazilah Zulkefli bermula 16 Oktober hingga 19 Oktober. - Gambar Astro AWANI
KAJANG:Seorang lelaki yang menumbuk anggota bomba selepas terlibat kemalangan jalan raya di Cheras Perdana pada Khamis direman empat hari bagi membantu siasatan.
Perintah reman dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Kajang, Sharifah Fazilah Zulkefli bermula 16 Oktober hingga 19 Oktober.
Dalam kejadian pada Khamis, suspek yang merupakan seorang pengurus acara menumbuk seorang anggota bomba selepas dia dihalang menghampiri keretanya yang terbakar.
Malah, suspek bertindak agresif dan mengamuk di lokasi sehingga menyebabkan anggota bomba bergelut dan terpaksa menahannya.
Sebelum itu, kenderaan dipandu suspek melanggar dua buah kenderaan lain dan mengakibatkan kenderaannya mengalami kerosakan teruk dan terbakar.
Ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.
Kes disiasat di bawah Seksyen 186 / 353 Kanun Keseksaan dan siasatan kes kemalangan dijalankan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Kes terbabit tular di media sosial dengan beberapa rakaman video memaparkan suspek menumbuk anggota bomba dan mengamuk sebelum berjaya ditahan.
Topic Berkaitan
#video
#Tular
#viral
#tumbuk
#bomba
#Dadah
#kemalangan
#terbakar
#Cheras
#media sosial
#Akta Pengangkutan Jalan 1987
#siasatan
#suspek
#lelaki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan