awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki ugut bunuh isteri, dera guna lilin ditahan polis

Bernama
Bernama
15/04/2024
14:15 MYT
Lelaki ugut bunuh isteri, dera guna lilin ditahan polis
Kata Zulkifli, sepasukan polis telah dihantar untuk menjejaki suspek sebelum ditahan 8.30 malam semalam di kediamannya di Kampung Alai. - Gambar hiasan/Unsplash
IPOH: Seorang lelaki yang mengugut untuk membunuh isterinya dan mendera wanita itu dengan menitiskan cecair lilin pada badannya, ditahan polis semalam di Kampung Alai, Gerik.
Ketua Polis Daerah Gerik Supt Zulkifli Mahmood berkata polis sebelum itu menerima laporan daripada wanita berusia 35 tahun itu kira-kira 1.35 pagi yang mendakwa dia diikat serta diugut dengan pisau oleh suaminya yang menuduhnya berlaku curang dalam kejadian Sabtu lepas.
"Siasatan awal mendapati pada 13 April, lebih kurang pukul 10.30 malam semasa mangsa sedang tidur di rumahnya, dia didatangi oleh suaminya yang berumur 42 tahun dan mengikat kedua-dua tangan mangsa dari arah belakang menggunakan tali sambil memegang sebilah pisau.
"Suami mangsa (suspek) telah menuduh mangsa berlaku curang dan memaksa mangsa untuk mengaku terhadap tuduhan terbabit, suspek turut merentap rantai emas dan gelang tangan sehingga terputus, mengoyakkan baju mangsa serta menitiskan cecair lilin pada badan mangsa sambil mengugut untuk membakar mangsa, mangsa menafikan tuduhan itu," katanya dalam kenyataan.
Zulkifli berkata mangsa kemudian berpura-pura ingin ke tandas dan meminta suspek untuk membuka ikatan sebelum menjumpai serangkai kunci kereta di dapur rumah dan melarikan diri dengan menggunakan kereta serta ke balai polis berhampiran untuk membuat aduan.
Katanya, sepasukan polis telah dihantar untuk menjejaki suspek sebelum ditahan 8.30 malam semalam di kediamannya di Kampung Alai serta merampas beberapa barang kes termasuk sebilah pisau yang dipercayai digunakan oleh suspek.
"Mangsa kemudiannya pergi ke Jabatan Kecemasan Hospital Daerah Gerik bagi mendapatkan rawatan, kes disiasat di bawah Seksyen 506/323 Kanun Keseksaan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gelang tangan
#berlaku curang
#melarikan diri
#membuat aduan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan