awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki ugut sebar gambar bogel bekas kekasih, tuntut semula duit belanja

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
09/08/2024
10:20 MYT
Lelaki ugut sebar gambar bogel bekas kekasih, tuntut semula duit belanja
Polis sedang mengesan suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Sekyen 233 Akta Komunikasi Multimedia. - Gambar hiasan
IPOH: Berang teman wanita putuskan hubungan, seorang lelaki mengugut untuk menyebarkan gambar bogel bekas kekasihnya itu.
Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, ugutan itu diterima mangsa berusia 21 tahun melalui WhatsApp ketika berada di rumahnya di Manjoi pada pukul 1 pagi, Jumaat lalu.
Menurutnya, suspek dikatakan meminta wang RM3,000 sebagai bayaran semula perbelanjaan ketika mereka masih bersama.
"Suspek memberi mangsa tempoh dua bulan untuk menyelesaikan bayaran itu dan sekiranya gagal, lelaki terbabit akan menyebarkan gambar separuh bogel mereka.
"Disebabkan takut, mangsa telah pun membayar RM1,000 kepada lelaki itu di mana dia turut memaklumkan telah menerima ugutan bunuh selain diugut akan diganggu di tempat kerja," katanya di sini hari ini.
Menurut Azizi, polis sedang mengesan suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Sekyen 233 Akta Komunikasi Multimedia.
Beliau menasihatkan orang ramai, khususnya golongan muda supaya lebih berwaspada dalam hubungan dengan kenalan masing-masing.
Topic Berkaitan
#gambar bogel
#bekas kekasih
#manjoi
#Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan