awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Putera Mahkota Iran dalam buangan gesa dunia bantu jatuhkan kerajaan Tehran
[TERKINI] Trump lantik Tony Blair, Jared Kushner sertai ‘Lembaga Keamanan’ Gaza
Trump ugut kenakan tarif baharu terhadap negara yang tidak sokong rancangan beliau ambil alih Greenland
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki warga China mengamuk ketika ditahan di Senai

Fareez Azman
Fareez Azman
26/01/2020
10:13 MYT
Lelaki warga China mengamuk ketika ditahan di Senai
Sebuah video tular di laman sosial menunjukkan seorang lelaki dipercayai warganegara China cuba memanjat dinding cermin di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor Bahru pada Ahad. Gambar: Twitter @CVO_II
Seorang lelaki dipercayai warganegara China yang cuba memanjat dinding cermin di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor Bahru pada Ahad, seperti dalam sebuah video tular di laman sosial merupakan lelaki yang sama ditahan pihak polis pada malam Sabtu.
Perkara itu disahkan Timbalan Ketua Polis Daerah Kulai, Deputi Superintendan Yusof Othman ketika dihubungi Astro AWANI.
"Itu lelaki yang ditahan pada 9.20 malam Sabtu, anggota polis diketuai Ketua Balai Polis Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dihantar ke lokasi kejadian.
"Lelaki itu tidak berpuas hati, apabila beliau dan anaknya tidak dibenarkan menaiki kapal terbang untuk berlepas ke China," katanya.
Lelaki berkenaan dan anaknya dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk dikuarantin dan diberikan rawatan.
BACA: Koronavirus: Polis tahan keluarga warga China enggan dikuarantin
Video berdurasi 25 saat yang di muat naik di akaun Twitter @CVO_II itu, memaparkan seorang lelaki berbaju putih cuba memanjat dinding cermin pengasingan.
Dalam video itu, lelaki berkenaan turut bertutur dengan bahasa China dan menunjukkan sekeping kertas kepada para petugas lapangan terbang.
Sebelum ini, lelaki berkenaan dikatakan membawa lari anaknya daripada dikuarantin di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru, selepas pihak perubatan mendapati anaknya mempunyai simptom influenza seperti demam dan batuk.
Bagaimanapun tindakannya itu, memaksa salah seorang petugas di hospital berkenaan membuat laporan polis sebelum tangkapan dilakukan.
Topic Berkaitan
#Astro Awani
#China
#ditahan
#Hospital
#Johor Bahru
#Kulai
#laman sosial
#polis
#warganegara China
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan