Skip to main content

Malaysia

Lelaki warga emas maut langgar pokok tumbang

Sumber: JBPM PERAK
Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal yang ditunggangnya melanggar sebatang pokok tumbang berhampiran Kampung Senggang dekat Sungai Perak di Kuala Kangsar, pagi tadi. - Gambar JBPM Perak
Advertisement

IPOH: Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal yang ditunggangnya melanggar sebatang pokok tumbang berhampiran Kampung Senggang dekat Sungai Perak di Kuala Kangsar, pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, kejadian itu turut membabitkan seorang lagi penunggang motosikal terlanggar pokok tumbang yang menghalang di kawasan berkenaan.

"Warga emas berusia 72 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala remaja lelaki berusia 17 tahun yang merupakan pelajar sekolah mengalami kecederaan dan telah dibawa ke hospital berhampiran oleh petugas kesihatan untuk menerima rawatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan pada 6.58 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar bergegas ke lokasi kejadian.

Sabarodzi berkata, mayat warga emas itu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya, dan operasi tamat sepenuhnya pada 7.46 pagi.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement