NATIONAL
Lelaki warga Malaysia ditemukan meninggal dunia dalam bilik hotel di Yala

Anak lelaki mangsa telah menuntut jenazah di Hospital Betong, dan Konsulat Malaysia di Songkhla sedang membantu proses membawa pulang jenazah ke tanah air. -Gambar hiasan
YALA: Seorang lelaki warganegara Malaysia ditemukan meninggal dunia di dalam sebuah bilik hotel di Betong, wilayah Yala pada Isnin.
Ringkasan AI
- Seorang lelaki warga Malaysia berusia 67 tahun dari Negeri Sembilan ditemukan meninggal dunia di sebuah bilik hotel di Betong, Yala, Thailand pada pagi Isnin.
- Polis tempatan mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat serangan jantung dan mayat ditemukan dalam keadaan tersungkur di tepi katil oleh petugas hotel.
- Anak lelaki mangsa telah menuntut jenazah di Hospital Betong, dan Konsulat Malaysia di Songkhla sedang membantu proses membawa pulang jenazah ke tanah air.
Polis bergegas ke tempat kejadian setelah menerima panggilan daripada petugas hotel sekitar 8.30 pagi Isnin, katanya.
"Sebaik tiba, kami menemukan mangsa dalam keadaan tersungkur di tepi katil.
"Hasil bedah siasat mendapati punca kematiannya akibat serangan jantung," katanya ketika dihubungi pada Selasa.
Jakkarin berkata anak lelaki mangsa tiba di Hospital Betong pagi tadi bagi tujuan pengecaman dan menuntut jenazah untuk dibawa pulang ke Malaysia.
Sementara itu, Pejabat Konsulat Malaysia di Songkhla ketika dihubungi memaklumkan pihaknya sedang membantu ahli keluarga bagi memudahkan proses membawa pulang jenazah ke tanah air.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami