Umumnya lemang, makanan tradisional yang sinonim dengan sambutan hari raya di negara ini, dimasak berlapikkan daun pisang, namun bagi mereka yang berasal dari pantai timur khususnya, lemang daun lerek lebih digemari.
Menyedari keunikan rasa dan aroma lemang daun lerek, Ariffin Zakaria, 58, menjadikan daun tumbuhan herba itu yang nama saintifiknya 'Phrynium pubinerve blume', sebagai pengalas lemang yang dijualnya sejak 17 tahun lalu.
Justeru itu juga tidak menghairankan gerai Ariffin atau lebih dikenali 'Cik Ipin' di Greenwood, Gombak, Selangor menjadi tumpuan orang ramai, khususnya untuk dijadikan juadah pada hari raya.
"Saban tahun saya menggunakan lebih kurang 80 guni beras untuk menampung permintaan pelanggan dan seguni beras boleh menghasilkan 200 batang lemang," katanya kepada Bernama.
Dia yang mengusahakan perniagaan itu bersama isteri, Zainab Rais, 56, berkata antara 16,000 hingga 20,000 batang lemang daun lerek dijualnya setiap tahun.
"Saya juga pelbagaikan lemang iaitu lemang pulut kuning dan lemang pulut hitam yang boleh bertahan selama empat hari jika dibiarkan di dalam buluh," kata Ariffin yang berasal dari Seri Menanti, Negeri Sembilan.
Seorang pelanggan setia, Nor Nahizan Abd Majid, 38, berkata dia sanggup beratur menunggu giliran untuk membeli lemang itu.
"Saban tahun saya akan singgah beli lemang di sini sebelum membawanya pulang berhari raya di Kelantan kerana lemang ini tidak perlu dibelah buluhnya tetapi boleh ditarik terus tanpa putus atau koyak dan rasanya pula lebih enak berbanding lemang biasa," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 25 2017

Keistimewaan lemang daun lerek ialah lemang tidak perlu dibelah atau dipecahkan, sebaliknya terus ditarik dari buluh tanpa pecah dan patah. -- fotoBERNAMA

Angkat sumpah Biden | Cabaran besar memulihkan negara
Joe Biden bakal berdepan pelbagai cabaran besar selepas dirasmikan sebagai Presiden Amerika Syarikat Ke-46 pada 20 Januari ini. Selain menangani pandemik COVID-19 yang membunuh 4 ribu penduduk setiap hari, biden juga perlu menyatukan semula rakyat negara itu, terutama selepas serangan di bangunan capitol pada 6 Januari lalu.

FMM minta kerajaan perluaskan Akta COVID-19 untuk sektor perdagangan dan logistik
Ia bertujuan bagi memulihkan sektor perdagangan dan logistik yang merosot akibat pandemik COVID-19.

PKP | Polis tiada kuasa batalkan kompaun
Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak mempunyai kuasa untuk membatalkan atau mengurangkan kompaun yang dikeluarkan terhadap mereka yang melanggar Perintah Kawalan Keselamatan (PKP), kata Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalatrash Wahid.

10 Berita Pilihan - (18 Januari 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Polis, JKNS siasat kes minum arak di pusat kuarantin - Masidi
Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) memandang serius isu video tular individu meminum minuman keras di sebuah pusat kuarantin.

COVID-19: Tidak sampai seminggu, China siapkan pusat kuarantin dengan 4,160 bilik
Mengikut perancangan asal, pusat kuarantin yang meliputi kawasan seluas 34 hektar itu hanya akan menempatkan 3,000 buah bilik.

Amaran cuaca buruk di pedalaman dan pantai barat Sabah serta Labuan
MetMalaysia mengeluarkan amaran cuaca buruk dengan hujan lebat dijangka berterusan di pedalaman dan Pantai Barat di Sabah serta Labuan sehingga esok.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Persekolahan secara bersemuka Tabika Kemas ditangguh
Sesi persekolahan Tabika Kemas secara bersemuka di seluruh negara yang sepatutnya bermula pada 20 Jan ini ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Lemang daun lerek pembuka selera di Aidilfitri
Umumnya lemang, makanan tradisional yang sinonim dengan sambutan hari raya di negara ini, dimasak berlapikkan daun pisang, namun bagi mereka yang berasal dari pantai timur khususnya, lemang daun lerek