awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lembaga Air Perak terima Anugerah Zakat Kebangsaan 2023 kategori GLC

Bernama
Bernama
22/11/2023
21:45 MYT
Lembaga Air Perak terima Anugerah Zakat Kebangsaan 2023 kategori GLC
Ishak (tiga, kiri) mewakili Lembaga Air Perak menerima Anugerah Zakat Kebangsaan 2023 bagi kategori GLC pada majlis yang berlangsung di Putrajaya semalam. - Foto Zakat Perak-MAIPk
IPOH: Lembaga Air Perak (LAP) menerima Anugerah Zakat Kebangsaan 2023 bagi kategori Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) pada Majlis Anugerah Zakat Kebangsaan 2023 yang berlangsung di Putrajaya semalam.
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) dalam kenyataannya memaklumkan LAP merupakan pembayar zakat tertinggi bagi kategori syarikat di Perak, dengan rekod jumlah bayaran terkumpul sebanyak RM86,457,140.14 sejak 2007.
"Selain membuat pembayaran zakat sepenuhnya kepada MAIPk, LAP turut melaksanakan tanggungjawab sosial korporat dengan memberikan bantuan pendidikan kepada kakitangannya dan anak yang berjaya melanjutkan pengajian ke insititusi pengajian tinggi (IPT).
"LAP turut memberikan sumbangan bagi Program Ke Sekolah dan Program Tuisyen kepada golongan B40 di Perak, yang turut menjadi kriteria utama untuk dipilih menerima anugerah itu," menurut kenyataan itu.
Terdahulu, anugerah berkenaan disampaikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) Datuk Selamat Paigo kepada Pengurus Besar LAP Datuk Ishak Abd Rahman dan Pengurus Besar Bahagian Pemasaran MAIPk Suhaimi Yusoff.
Anugerah Zakat Kebangsaan 2023 anjuran JAWHAR itu turut mempertandingkan kategori Akademik, Usahawan Asnaf, Syarikat Sendirian Berhad dan Syarikat Awam Berhad.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#zakat
#Lembaga Air Perak
#GLC
#pembayar zakat tertinggi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan