Lembaga Disiplin Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu menyiasat dalang di sebalik penyebaran video seks yang dikaitkan dengan anggota parti itu baru-baru ini.
Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata jika parti mahu terus kekal relevan dan diterima rakyat, kepimpinan PKR perlu berani melakukan sesuatu berhubung perkara itu.
"Saya telah melakukan peranan saya... saya telah membuat laporan polis...biar pihak berkuasa menjalankan siasatan secara bebas tanpa sebarang campur tangan atau kenyataan politik daripada mana-mana pihak kerana saya mahu mempastikan proses ini berjalan secara profesional dan telus," katanya.
Mohamed Azmin, yang dikaitkan dengan rakaman video berkenaan, berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Aidilfitri kawasan Gombak Setia di sini hari ini.
Ketika ditanya tindakan beberapa pemimpin PKR yang dilihat memberi sokongan terhadap Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong Haziq Abdullah Abdul Aziz yang turut dikaitkan dengan video itu, Mohamed Azmin berkata pimpinan PKR perlu melihat perkara berkenaan.
"Saya serahkan kepada anda untuk membuat keputusan dan mentafsirkan tetapi sudah pasti ini adalah sesuatu yang membimbangkan dan kepimpinan mesti mengambil keputusan yang berani untuk menyiasat," kata Timbalan Presiden PKR itu.
Mohamed Azmin berkata beliau turut dimaklumkan bahawa penyebaran video seks itu tidak berlaku menerusi platform media sosial seperti Facebook dan Instagram bagi mengelak identiti pelaku dan alamat protokol internet dikesan.
Beliau berkata sebaliknya ia disebar menerusi kumpulan WhatsApp yang mempunyai nombor-nombor ketua cabang dan juga pemimpin peringkat bawahan PKR.
Mohamed Azmin berkata beliau sendiri tidak mempunyai nombor telefon mereka yang berada di dalam kumpulan WhatsApp berkenaan.
Mengulas pemerhatian sesetengah pihak bahawa video itu disebarkan tidak lama selepas Latheefa Koya dilantik mengetuai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Anggota Parlimen Gombak itu berkata itu hanyalah persepsi.
Ditanya sama ada beliau telah dihubungi pihak polis bagi memberi keterangan, Mohamed Azmin memberi jaminan beliau bersedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa dalam siasatan kes itu.
"Pejabat saya memaklumkan bahawa mereka ada menghubungi saya tetapi saya hendak ke Pulau Pinang hari ini, tetapi saya sudah tentu boleh ditemui esok atau pada bila-bila masa yang sesuai untuk pihak berkuasa." katanya.
Beliau turut bersyukur dengan sokongan keluarganya dalam menghadapi kes penularan video lucah itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 16 2019
AZMIN: Biar pihak berkuasa menjalankan siasatan secara bebas tanpa sebarang campur tangan. - Gambar fail
Pelajar PhD USIM ambil ujian di sebalik runtuhan di Gaza
Pelajar PhD USIM warga Palestin nekad menjalani Ujian Kelayakan yang dijalankan secara dalam talian pada Jumaat walaupun berdepan risiko dibom tentera Zionis pada bila-bila masa.
UMNO dan BN dokong calon PH demi Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Presiden UMNOsedar taktik pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan parti pimpinannya dengan parti komponen Pakatan Harapan itu.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Keempat-empat calon itu ialah Khairul Azhari Saut (PN), Pang Sock Tao (PH), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia).
3 maut, 5 parah nahas dua pacuan empat roda
Tiga maut, lima parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang kira-kira jam 12.30 pagi tadi.
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Youth All Girls raih gangsa di Amerika Syarikat
Pasukan sorak Malaysia Youth All Girls raih gangsa di The 2024 International Cheer Union World Cheerleading Championships (ICU JWCC) di Florida, Amerika Syarikat pada Khamis.
Perkembangan proses penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon pagi tadi di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Malaysia-China bincang perkukuhkan kerjasama sektor pendidikan
Malaysia dan China membincangkan inisiatif strategik bagi memperluas serta memperkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi antara Kuala Lumpur-Beijing sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Perdana Menteri ke Riyadh sempena mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Riyadh, Arab Saudi sempena mesyuarat khas forum sedunia World Economic Forum (WEF) bermula 27 hingga 29 April ini.
Bersatu Tanjong Karang digantung
Bersatu Tanjong Karang digantung susulan ketua bahagiannya menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kutipan hasil Selangor dijangka meningkat RM100 juta mulai tahun depan - MB
Kerajaan Selangor menjangkakan kutipan hasil negeri tersebut meningkat sekitar RM100 juta selepas memperkenalkan tiga langkah baharu.
PN puji inisiatif MITI lancar rangka kerja i-ESG
Mohamed Azmin memuji inisiatif Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) melancarkan rangka kerja Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus Industri Nasional (i-ESG).
Azmin Ali nafi dakwaan keluar kenyataan berunsur fitnah terhadap Lim Guan Eng
Mohamed Azmin menafikan dakwaan beliau mengeluarkan sebarang kenyataan berunsur fitnah terhadap Lim Guan Eng ketika berucap pada kempen PRU15.
Mohamed Azmin minta Speaker tarik larangan pakai baju Melayu
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meminta Speaker baharu, Lau Weng San, menarik semula peraturan kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berhubung pemakaian baju kebangsaan.
Pembangkang tubuh jawatankuasa portfolio, semak imbang peranan Exco Selangor
Mohamed Azmin berkata peranan 10 ADUN PN dalam portfolio itu bertujuan memastikan perbincangan dan perbahasan semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor lebih berfokus.
Azmin dilantik Ketua Pembangkang DUN Selangor
Pengumuman itu dibuat Speaker DUN Selangor, Lau Weng San pada Mesyuarat Pertama (Angkat Sumpah) Penggal Pertama DUN Selangor ke-15.
Nahas Elmina: Azmin Ali sertai solat jenazah Shahrul Kamal
Azmin juga memaklumkan beliau sempat bertemu dengan bapa Allahyarham yang juga bekas juruterbang.
Kes Muhyiddin: Pertuduhan AMLA tidak boleh berdiri sendiri - Mohamed Azmin
Azmin menegaskan, oleh kerana kesalahan utama atau predikat telah dibatalkan, maka pertuduhan AMLA tidak boleh berdiri secara sendiri.
'Azmin berjaya raih simpati pengundi' - KJ
Menurut Khairy, walaupun Azmin dilabel sebagai pengkhianat, namun PRN kali ini memberi kejutan apabila undi masyarakat Melayu mula beralih kepada Perikatan Nasional (PN).