Lembaga Pengampunan Negeri Selangor akan meneliti dengan serius dan ketat bagi setiap kes pengampunan membabitkan dadah berdasarkan ketetapan hukuman yang telah diputuskan mahkamah.
Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan) merangkap Setiausaha lembaga berkenaan Datuk Mazalan Md Noor berkata pihaknya tidak memberikan pengampunan dengan mudah dan sewenang-wenangnya berikutan ancaman dadah terhadap keselamatan negara dan kesan gejala penyalahgunaannya kepada rakyat.
"Lembaga Pengampunan Negeri Selangor mendapati sejak kebelakangan ini terdapat banyak bilangan kes pengampunan yang melibatkan pengedaran dadah jenis sintetik, yang merupakan dadah campuran dengan bahan-bahan kimia berbahaya terutama sekali dadah jenis methamphetamine," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata Lembaga itu juga memandang berat aktiviti penyeludupan dadah sintetik yang meningkat di pintu-pintu masuk melalui lapangan terbang di Selangor terutamanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2).
Selain itu, lembaga berkenaan turut bimbang dengan penyeludupan dadah sintetik oleh individu tempatan dan warganegara asing menerusi pelbagai teknik yang memperdaya agensi penguatkuasaan seperti Polis DiRaja Malaysia dan Kastam Diraja Malaysia yang ditempatkan di semua lapangan terbang dalam Selangor.
"Lembaga amat risau dengan trend peningkatan kes-kes pengedaran dadah jenis sintetik kerana jika kemasukan dadah jenis ini berjaya melepasi kawalan keselamatan di pintu-pintu masuk di semua lapangan terbang dalam Selangor, ia akan mendatangkan kesan yang dahsyat kepada rakyat Selangor secara amnya serta individu yang mengambil dadah tersebut khususnya," katanya.
Mazalan berkata pengambilan dadah sintetik boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan mental dan fizikal seperti halusinasi atau delusi melampau, boleh menyebabkan kerosakan saraf dan otak selain menyebabkan kesan-kesan kesihatan lain seperti penurunan berat badan mendadak serta boleh menyebabkan kematian.
Selain itu, katanya, keamanan dan ketenteraman awam turut tergugat dengan pertambahan kesalahan jenayah melibatkan pembunuhan, merompak, mencuri dan gejala sosial lain susulan penyalahgunaan pelbagai jenis dadah.
"Sehubungan itu, Lembaga memberikan peringatan tegas kepada semua lapisan masyarakat dan warganegara asing yang berada dalam Selangor supaya tidak sesekali terjebak dengan aktiviti penyeludupan, pengedaran dan penyalahgunaan najis dadah serta kesalahan-kesalahan lain," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 21 2017
Lembaga Pengampunan Negeri Selangor akan meneliti dengan serius dan ketat bagi setiap kes pengampunan membabitkan dadah. -Gambar hiasan
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Ahmad Zahid kekal bebas 40 kes rasuah VLN
Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya memberitahu bahawa AGC menarik balik semua rayuan terhadap kes ini.
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
UCL: Dua gol Ferran Torres bantu Barcelona benam Borussia Dortmund
Torres masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan dua gol penting bagi memastikan pasukannya mendahului dua kali.
AWANI Pagi: Keselamatan Elektrik Ketika Banjir | Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa komited untuk memastikan keperluan tenaga elektrik dipenuhi dengan selamat, cekap dan pantas, termasuk ketika bencana alam. Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Ir. Mahathir Nor Bin Ismail berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha TNB menangani isu bekalan elektrik ketika banjir bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi esok.
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
Republik Dominika rampas 9.5 tan dadah, terbesar dalam sejarah
Pihak berkuasa Republik Dominika berjaya merampas 9.5 tan dadah jenis kokain, yang merupakan terbesar dalam sejarah negara itu dengan nilai anggaran mencecah AS$250 juta (RM1.11 bilion).
Rasuah berkait projek RM250 juta: Datuk, penjawat awam direman empat hari
Kedua-dua suspek ditahan kira-kira pukul 5.30 pagi pada Khamis ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Sarawak.
Yusoff Rawther mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan edar kanabis
Muhammed Yusoff membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan semula di hadapan hakim ketika kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi hari ini.
Ahli perniagaan Malaysia, dua warga Iran bebas pertuduhan edar dadah
Seorang ahli perniagaan Malaysia dan dua warga Iran terlepas tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan hari ini membebaskan mereka daripada pertuduhan mengedar 48.6 kilogram dadah jenis metamfetamina.
60 pengunjung pusat hiburan di Jalan Sultan Ismail ditahan positif dadah
Polis menahan 60 individu termasuk empat warga asing yang berusia 20 hingga 42 tahun kerana positif dadah dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Sultan Ismail, pada Sabtu lalu.
Nelayan warga Thailand dipenjara 70 bulan, 10 sebatan kerana miliki kanabis
Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 70 bulan dan 10 sebatan terhadap seorang nelayan warga Thailand hari ini selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki kanabis sebe
Tujuh anggota polis didakwa salah guna dadah
Mereka yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, IPD Yan, dan IPD Pendang didakwa tanpa kebenaran memasukkan dalam badan sendiri dadah berbahaya jenis ketamine dan MDMA.
Pindaan Akta Penagih Dadah 1983: Peluang kedua pulih diri
Pindaan Akta Penagih Dadah 1983 penting bagi memberikan kuasa lebih kepada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam proses rawatan dan pemulihan penagih.
"Itu bukan saya"- Misha Omar nafi ditahan polis Thailand
Penyanyi terkenal yang berasal dari Kelantan, Misha Omar menafikan dia bukan penyanyi wanita yang ditahan dalam operasi polis Thailand di Sungai Golok, semalam.
Polis kesan Syed Mohammad Faris bantu perbicaraan kes dadah
Syed Mohammad Faris Ismadi Md Akhir, 33, beralamat terakhir di nombor 375, Blok 16, Felda Keratong 9, Muadzam Shah, Pahang.