awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lembu dibaham harimau, penduduk gesa Perhilitan ambil tindakan

Bernama
Bernama
11/11/2023
20:00 MYT
Lembu dibaham harimau, penduduk gesa Perhilitan ambil tindakan
Perhilitan diharap dapat mengambil tindakan segera bagi mengelak ternakan lain terkorban akibat serangan harimau terbabit. - Gambar hiasan
GUA MUSANG: Penduduk Kampung Kundur di sini menggesa Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) mengambil tindakan segera susulan kes seekor lembu bunting ditemukan dengan kesan dibaham harimau belang di sebuah kebun.
Aris Awang, 53, berkata, lembu miliknya itu ditemukan dalam keadaan cedera pada bahagian belakang badan bersama janin anak lembu yang dikatakan ditarik keluar haiwan berkenaan pada Jumaat, kira-kira 10 pagi Jumaat.
Bagaimanapun, Aris berkata, kira-kira 11 pagi hari ini beliau mendapati bangkai lembu itu telah diseret hingga ke pinggir bukit kira-kira 50 meter dari lokasi asal dan bangkai janin telah tiada.
Kejadian itu katanya pertama kali berlaku selama beliau mengusahakan ternakan lembu sejak lebih lima tahun lepas dan mengakui sebelum ini pernah melihat kelibat harimau belang.
"Kami telah memaklumkan kes serangan ini kepada Perhilitan dan berharap pihak tersebut membuat siasatan segera," katanya.
Pekebun dan penternak Mohd Faizul Mohd Nor, 35, pula berharap Perhilitan dapat mengambil tindakan segera bagi mengelak ternakan lain terkorban akibat serangan haiwan pemangsa itu.
"Selain itu kami juga bimbang untuk keluar bekerja di kebun kerana harimau berkenaan dikatakan masih berkeliaran," katanya.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd Syahbuddin Hashim turut berharap Perhilitan dapat melaksanakan tindakan drastik sebelum perkara tidak diingini berlaku kepada lebih 50 pekebun termasuk penternak di kawasan itu.
"Tindakan susulan seperti pemasangan perangkap dan pemantauan daripada anggota Perhilitan perlu dilakukan bagi meredakan kebimbangan penternak dan pekebun," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gua Musang
#lembu dibaham harimau
#Harimau belang
#Perhilitan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan