JASIN: Kerajaan memberi jaminan lembu yang diimport dari Thailand untuk ibadah korban sempena Aidiladha bebas daripada sebarang penyakit kulit kental (LSD) serta penyakit kuku dan mulut (FMD).
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan 1 Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, kesemua lembu itu juga perlu mendapat pengesahan status kesihatan daripada kerajaan Thailand terlebih dahulu dan dipastikan bebas daripada sebarang penyakit sebelum dibawa masuk ke Malaysia.
"Lembu itu juga perlu menjalani pemeriksaan dan kuarantin secara berperingkat di negara asal dan negara ini termasuk diberi vaksin. Pemeriksaan terakhir turut dilakukan Jabatan Perkhidmatan Veterinar sebelum haiwan terbabit dilepaskan untuk tujuan pengedaran dan penjualan.
"Pada tahun ini, kira-kira 12,000 ekor lembu telah diimport dari negara jiran bagi menampung keperluan umat Islam menunaikan ibadah tersebut (korban)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Jualan Kasih Aidiladha Parlimen Jasin di Merlimau di sini hari ini.
Sempena program itu pelbagai jualan barangan keperluan untuk persiapan Aidiladha ditawarkan kepada pengunjung dengan harga istimewa antaranya ayam segar RM10 seekor, nanas MD2 RM5 sebiji dan minyak masak lima kilogram RM29 sebotol.
Ahmad berkata, tahun lepas kerajaan menghentikan import lembu dari Thailand disebabkan penyakit LSD tetapi kini pengimportan haiwan ruminan itu dibenarkan dengan syarat ketat.
"Setakat ini tiada sebarang rungutan diterima dan pihak kita memberi jaminan bekalan lembu untuk perayaan Aidiladha adalah mencukupi dan pengguna juga tidak perlu berasa gusar," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata bekalan ayam pada bulan ini juga mencukupi dan stabil untuk menampung keperluan pengguna dan pada bulan lepas pengeluarannya mencapai kira-kira 70 juta ekor iaitu melebihi permintaan pengguna sebanyak 69 juta ekor.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 08 2022
Lembu itu juga perlu menjalani pemeriksaan dan kuarantin secara berperingkat di negara asal dan negara ini termasuk diberi vaksin. - Gambar fail
Pukul pelatih: Penyelia, pembantu pusat pemulihan dadah mengaku tidak bersalah
Penyelia dan pembantu sebuah pusat pemulihan dadah mengaku tidak bersalah menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang pelatih lelaki.
2 pegawai syarikat pembekalan air direman kes rasuah RM3.3 juta
Perintah reman dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Puan Nurzihan Abdul Rehman di Mahkamah Majistret, di Johor Bahru, pagi Selasa.
LBS menamatkan kempennya dengan ganjaran RM1.5 juta buat 1,400 pembeli bertuah
LBS Bina Group Berhad (LBS) sebagai pemaju yang mengutamakan pelanggannya telah menamatkan kempen LBS Fabulous Extra yang berjalan sejak 2022 hingga 2023 dengan ganjaran bernilai RM1.5 juta.
Pesawah dituduh buat kenyataan menghasut di WhatsApp
Seorang pesawah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan membuat kenyataan menghasut di menerusi aplikasi WhatsApp pada Selasa.
9 tentera terbunuh nahas helikopter di Colombia
Helikopter itu terputus hubungan dengan pangkalan pada tengah hari dan kemudian didapati terhempas berhampiran daerah Santa Rosa.
Venue Piala Thomas, Uber di Chengdu dilanda 'demam' panda
Yang paling mencuri perhatian ialah magnet peti sejuk yang menampilkan Yu Rong Rong bermain badminton.
Houthi Yaman serang dua kapal pemusnah AS
Houthi berjaya menyasarkan serangan terhadap dua kapal pemusnah AS dan kapal CYCLADES di Laut Merah serta MSC Orion di Lautan Hindi pada awal Selasa.
Ringgit rendah berbanding dolar AS pada awal dagangan
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7665/7710 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7700 semalam.
Bakal jemaah haji OKU syukur dipilih jadi tetamu Allah
Abdul Samad MM Abdul Aziz, 53, yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan bersyukur dan teruja apabila dipilih seorang daripada 31,600 jemaah haji dari Malaysia tahun ini.
Pendakwa raya ICC temu bual kakitangan hospital di Gaza
Pendakwa raya dari Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) telah menemu bual kakitangan dari dua hospital terbesar di Gaza.
Penguat kuasa serbu hospital gara-gara lembu berkeliaran
Haiwan ternakan itu dikesan berkeliaran di kawasan hospital itu pada waktu malam sejak sebulan lalu.
DVS tarik balik arahan gantung import lembu, kerbau dari Australia
DVS telah menarik balik arahan penggantungan import ternakan hidup lembu dan kerbau dari Australia, berkuatkuasa serta-merta.
LSD: Australia uji ternakan lembunya susulan pemberhentian import Indonesia
Australia sedang menguji ternakan lembunya untuk penyakit kulit berketul (LSD) selepas Indonesia menghentikan import haiwan itu dari empat fasilitinya kerana bimbang penularan wabak.
Penternak syak lembu dibaham harimau
"Terdapat kesan lembu itu diseret masuk ke dalam semak dari kawasan lapang di kebun sawit tempat lembu ternakan saya meragut dan makan."
Umat Islam di UK bayar hingga RM2,000 satu bahagian lembu
Bagi seekor kambing biri-biri pula, harga ditetapkan adalah sekitar RM1,600.
Penternak lembu di Batu Gajah bimbang kes ternakan dicuri semakin berleluasa
Mereka dianggarkan mengalami kerugian kira-kira RM1.3 juta, apabila lebih 260 ekor lembu mereka hilang.
Lebih 185,000 lembu dijangkiti LSD di India
LSD merupakan satu endemik di kebanyakan negara Afrika dan mula merebak ke China dan Asia Tenggara sejak 2019.
Lemas punca 11 ekor lembu mati
Jabatan Perkhidmatan Veterinar juga sedang mengenal pasti suspek yang melakukan perbuatan itu.
Lembu, kambing di Sarawak bebas FMD, selamat untuk ibadah korban
Sarawak telah mengharamkan pengimportan lembu dari Indonesia berikutan wabak tersebut dikenal pasti di Kalimantan Barat.
Lembu diimport untuk ibadah korban dijamin bebas LSD, FMD
Lembu itu juga perlu menjalani pemeriksaan dan kuarantin secara berperingkat di negara asal dan negara ini termasuk diberi vaksin.