Jemaah haji diseru untuk sentiasa memastikan lencana berserta gelang pengenalan diri yang dibekalkan pihak Tabung Haji (TH) berada bersama mereka ketika sepanjang mengerjakan haji di Tanah Suci.
Pengarah Operasi Makkah Datuk Ahmad Sohaimi Abd Rahim berkata kedua-dua item penting yang juga bertindak sebagai pengenalan diri ini harus dijaga dan dibawa ke mana-mana sahaja oleh jemaah sepanjang mereka mengerjakan haji kerana ia adalah pengganti kepada pasport mereka.
"Jemaah haji perlu menganggap kedua-dua barang ini sebagai dokumen yang sangat penting dan dijaga sebaik mungkin bagi mengelakkan ia tercicir atau hilang," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Sepanjang berada di Tanah Suci, beliau berkata lencana serta gelang pengenalan diri itu digunakan sebagai pengenalan diri kerana pasport jemaah akan dipegang pihak berkuasa Arab Saudi.
Katanya pada kedua-dua barangan tersebut terdapat butiran peribadi jemaah bagi membolehkan pihak berkuasa tempatan atau orang luar memberi bantuan sekiranya mereka ditimpa masalah dan gagal menghubungi petugas TH.
Sekiranya kedua-dua dokumen tersebut didapati hilang atau tercicir, Ahmad Sohaimi meminta jemaah agar segera membuat laporan kepada kaunter perkhidmatan pelanggan TH yang berdekatan dan akan diganti dengan dokumen baharu serta-merta.
"Setiap laporan kehilangan akan direkodkan dalam sistem kita untuk melihat trend bagi punca kehilangan dokumen-dokumen tersebut, adakah disebabkan oleh kecuaian jemaah atau kualiti untuk tujuan penambahbaikan.
"Sekiranya hasil laporan mendapati kebanyakan jemaah cuai dan menganggap bahawa dokumen itu tidak penting, kita akan tingkatkan kesedaran dalam kalangan mereka untuk menjaga kedua-dua item tersebut," katanya.
Setiap lencana pengenalan diri tertera nombor pasport jemaah, logo TH serta Jalur Gemilang dan nombor maktab yang ditulis dalam bahasa Arab.
Pada gelang tersebut pula terdapat nombor telefon yang boleh dihubungi sekiranya ingin mendapatkan bantuan dan mempunyai ciri-ciri keselamatan dwi-kunci bagi mengurangkan risiko ia daripada tercicir atau tertanggal.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 24 2018
Ahmad Sohaimi (kiri) diberi penerangan oleh Pengurus Bilik Maklumat Operasi Makkah Ashrof Shamsuddin mengenai ciri-ciri pengenalan lencana haji yang bakal digunakan para jemaah haji Malaysia hari ini. -fotoBERNAMA
Tujuh maut dalam kebakaran hospital di Tamil Nadu
Sekurang-kurangnya tujuh orang dilaporkan maut manakala ramai lagi cedera dalam insiden kebakaran di sebuah hospital di Dindigul, Tamil Nadu, India.
AWANI Ringkas: Pengerusi ASEAN dan TMM 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pengasas Blogger, Twitter dan Medium lancar aplikasi sosial baharu Mozi
Melalui Mozi, pengguna boleh melakukan perancangan mereka di sesuatu lokasi seperti lokasi yang akan disinggah, atau acara yang akan disertai.
Buaya di Teluk Batik: PERHILITAN nasihat orang awam berwaspada
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu pada Khamis.
[TERKINI] Zii Jia, beregu negara melangkah ke separuh akhir
Pemain perseorangan profesional lelaki negara, Lee Zii Jia, mengesahkan tempat ke separuh akhir selepas mencatat kemenangan kedua dalam Kumpulan A Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China, hari ini.
Pemain nombor lapan dunia itu meneruskan prestasi cemerlangnya dengan menewaskan pemain nombor dua dunia dari Denmark, Anders Antonsen, 21-14, 21-19 dalam masa 47 minit di Gimnasium Olimpik Hangzhou.
Pemain nombor lapan dunia itu meneruskan prestasi cemerlangnya dengan menewaskan pemain nombor dua dunia dari Denmark, Anders Antonsen, 21-14, 21-19 dalam masa 47 minit di Gimnasium Olimpik Hangzhou.
Permohonan Geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India masih dibuka - Mitra
Lebih 200 badan bukan kerajaan dan syarikat telah memohon geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (PPSMI) 2025 yang dibuka sejak 2 Dis.
Fikir dahulu sebelum kongsi di media sosial - Pakar
Dengan kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 di Dewan Rakyat, pengguna media sosial disarankan lebih bertanggungjawab dalam menggunakan platform tersebut bagi mengelak dikenakan tindakan undang-undang.
Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya, Profesor Komunikasi di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, menjelaskan bahawa maklumat yang dikongsi di media sosial akan kekal dirakam dalam sistem, menjadikannya mustahil untuk dihapuskan.
Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya, Profesor Komunikasi di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, menjelaskan bahawa maklumat yang dikongsi di media sosial akan kekal dirakam dalam sistem, menjadikannya mustahil untuk dihapuskan.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara pusat pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam bidang kecerdasan buatan (AI).
Anggaran pendapatan naik 12 peratus kepada RM1.67 bilion
Anggaran pendapatan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada 2025 meningkat 12 peratus kepada RM1.67 bilion dengan kutipan zakat disasarkan mencapai RM1.2 bilion.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd NaĆm Mokhtar ketika mengulas Bajet MAIWP 2025 pada Khamis berkata, anggaran perbelanjaan pula merekodkan RM1.67 bilion dengan perbelanjaan agihan RM1.34 bilion, pengurusan RM246 juta dan pembangunan RM87 juta.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd NaĆm Mokhtar ketika mengulas Bajet MAIWP 2025 pada Khamis berkata, anggaran perbelanjaan pula merekodkan RM1.67 bilion dengan perbelanjaan agihan RM1.34 bilion, pengurusan RM246 juta dan pembangunan RM87 juta.
[TERKINI] Tambah kuota haji: Mohamad sampaikan permohonan Malaysia
Menurut Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, permohonan berkenaan disampaikan beliau pada pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah pada Khamis.
Lencana, gelang pengenalan perlu sentiasa bersama jemaah haji
Kedua-dua item penting ini harus dijaga dan dibawa ke mana-mana sahaja oleh jemaah sepanjang mereka mengerjakan haji kerana ia adalah pengganti kepada pasport.