awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada Jawatankuasa Kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lenovo keluarkan robot anjing dengan enam kaki

Amanz
Amanz
12/03/2024
05:30 MYT
Lenovo keluarkan robot anjing dengan enam kaki
Seperti robot anjing yang lain, Daystar Bot GS menyasarkan penggunaan oleh pelanggan industri, keselamatan dan juga perhotelan. -Amanz
ADA apa dengan robot anjing?
Ini persoalan yang kami belum mempunyai jawapan sepenuhnya kerana sejak Boston Dynamic Spot dilancarkan, Xiaomi, Oppo dan Tecno juga mula menawarkan anjing robot keluaran mereka sendiri.
Kini Lenovo turut tidak mahu ketinggalan dengan melancarkan Daystar Bot GS.
Yang membezakan Daystar Bot GS dengan robot anjing yang lain ialah ia mempunyai enam kaki. Ini menurut Lenovo memberikannya lebih banyak kemampuan berbanding pesaing.
Ia masih dilengkapi sensor kamera 3D dan juga LiDAR bagi membolehkan ia melakukan navigasi dengan selamat serta jitu.
Seperti robot anjing yang lain, Daystar Bot GS menyasarkan penggunaan oleh pelanggan industri, keselamatan dan juga perhotelan.
Pelbagai sensor tambahan dan juga “tangan” boleh dipasang pada bahagian atas Daystar Bot GS bagi membolehkan ia melakukan aksi seperti membuka pintu.
Tiada maklumat lengkap mengenai pemproses yang digunakan, kelajuan berjalan atau kapasiti bateri. Yang diketahui ialah robot mempunyai kemampuan kalis air serta debu IP66. -Amanz
Topic Berkaitan
#LENOVO
#robot anjing
#Daystar Bot GS
#kamera 3D dan LiDAR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan