TUMPAT: Seorang daripada dua wanita rakyat Malaysia yang cedera ringan dalam letupan bom motosikal di Narathiwat, Thailand pada Isnin lepas, pasti tidak akan melupakan detik cemas dilaluinya terutama apabila bayi dalam kandungannya ‘tidak bergerak’ sejurus ledakan bom berlaku.
Menceritakan pengalaman itu, Hariza Aziz, 38, berkata dia ke Thailand bersama suami, Mohd Azam Ibrahim, 31, untuk menziarahi kematian neneknya di sana.
“Sebelum kejadian itu berlaku, saya sedang berehat di sekitar tebing sungai melihat pemandangan dan bergambar apabila secara tiba-tiba berlaku letupan kuat yang menyebabkan dada berasa sakit, badan terhuyung-hayang dan pening.
“Paling saya risau ketika itu ialah keadaan kandungan saya yang berusia tujuh bulan kerana selepas sahaja ledakan bom berlaku bayi dalam kandungan seolah-olah tidak bergerak,” katanya kepada pemberita selepas tiba dari Thailand di Jeti JKR Feri Pengkalan Kubor di sini pada Rabu.
Berikutan itu, Hariza dibawa ke Hospital Narathiwat bagi mendapatkan rawatan dan pemeriksaan.
"Alhamdulillah, hasil pemeriksaan yang dilakukan mendapati kandungan saya dalam keadaan baik dan sihat," katanya.
Seorang lagi mangsa, Siti Aishah Ismail, 31, yang juga biras Hariza berkata kejadian tersebut tidak mematahkan semangatnya untuk berulang-alik ke negara jiran itu kerana mempunyai ramai keluarga dan kenalan di sana.
"Saya mempunyai ramai saudara-mara, selain mempunyai urusan kerja di Thailand dan kerap menziarahi mereka," katanya yang berasal dari Kampung Geting.
Menurutnya sewaktu kejadian, dia baru sahaja meletakkan motosikal di lokasi berlakunya letupan itu.
“Ketika itu saya dan anak Mohd Afiq Danish, 4, sedang berjalan ke arah tebing Sungai Narathiwat untuk berehat bersama Hariza.
“Sebaik melangkah dalam kira-kira 40 meter tiba-tiba berlaku letupan pada sebuah motosikal berdekatan motosikal saya,” katanya yang hanya mengalami luka kecil pada dahi akibat terkena serpihan.
Pada Isnin lepas, dua rakyat Malaysia antara empat individu yang cedera dalam satu letupan bom di Narathiwat, yang berlaku pada 9.35 malam waktu Thailand.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 08 2024
Dua rakyat Malaysia antara lapan individu yang mengalami kecederaan dalam kejadian letupan bom di Jalan Phu Pha Phakdi, Daerah Mueang, Wilayah Narathiwat pada Isnin. - Foto Facebook
Piala AMEC: Persatuan Bola Sepak Thailand tampung kos penyokong Malaysia cedera dipukul
PENYOKONG Malaysia yang tercedera akibat dipukul oleh penyokong tuan rumah di Stadium Rajamangala, Bangkok malam tadi, mendapat perhatian segera daripada Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT).
Tengku Zafrul akan perjelas spekulasi sertai PKR dalam masa terdekat
Tengku Zafrul akan membuat kenyataan berhubung khabar angin penyertaannya ke PKR dalam masa terdekat.
'Jangan ada sikap kawan makan kawan' - Puteri UMNO
Amal turut menyeru pemimpin masa kini mewarisi contoh terbaik kepada generasi baharu hari ini.
ISN fokus R&D sukan berpotensi menjelang Olimpik LA 2028
Institut Sukan Negara (ISN) akan memperkasa program penyelidikan dan pembangunan (R&D) dengan tumpuan khusus kepada sukan berpotensi tinggi di Sukan Olimpik Los Angeles 2028 menggunakan peru
Donald Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Jawatan itu dijangka akan memacu dasar-dasar terhadap beberapa musuh AS termasuk Korea Utara.
Turkiye tegaskan dukungan ke atas Syria pasca konflik
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan memberi jaminan bahawa Turkiye akan terus berdiri bersama rakyat Syria dalam proses pemulihan dan pembinaan semula negara itu.
Dalam catatannya di X, Erdogan berkata sokongan akan terus diberikan tanpa mengira latar belakang rakyat Syria demi memastikan negara itu bangkit semula sebagai sebuah negara yang aman dan stabil.
Dalam catatannya di X, Erdogan berkata sokongan akan terus diberikan tanpa mengira latar belakang rakyat Syria demi memastikan negara itu bangkit semula sebagai sebuah negara yang aman dan stabil.
Syria fokus pemulihan, tolak konflik baharu dengan Israel
Pemimpin de facto Syria, Ahmad al-Sharaa, pada Sabtu menyatakan bahawa Israel menggunakan alasan palsu untuk mengesahkan serangan terhadap Syria.
Namun, beliau menegaskan bahawa Syria tidak berminat terlibat dalam konflik baharu.
Namun, beliau menegaskan bahawa Syria tidak berminat terlibat dalam konflik baharu.
Piala AMEC: Ekor Harimau diancam penyokong lawan di Stadium Rajamangala akibat provokasi
Situasi tegang itu berpunca daripada kedua-dua pihak yang saling berbalas provokasi tetapi keadaan itu terkawal.
Bayi lelaki berbalut kain ditemui dalam semak belakang surau di Manjung
Siasatan pihak polis mendapati bayi lelaki tersebut ditinggalkan dalam semak dan berbalut dengan kain.
‘UMNO bukan parti yang boleh ditendang, perlu kaji kedudukan dalam kerajaan’ - Dr Akmal
Dr Muhamad Akmal menyifatkan UMNO bukan sebuah parti yang boleh ditendang mengikut sesuka hati.
Lapan anggota renjer cedera dalam letupan bom di Narathiwat
Semua anggota renjer yang cedera mendapatkan rawatan di Hospital Rangae dan Hospital Narathiwat.
Seorang maut, 18 cedera dalam letupan bom di Yala
Seorang wanita maut manakala 18 lagi termasuk lapan anggota polis cedera dalam letupan bom kereta di Yala, selatan Thailand pada awal pagi Ahad.
Seorang maut, 13 cedera dalam dua letupan bom di Narathiwat
Seorang maut dan 13 termasuk seorang anggota polis cedera dalam dua letupan bom di Daerah Jok Irong dan Sukhirin di Narathiwat, selatan Thailand, pagi tadi.
Letupan bom Narathiwat: Ibu mengandung antara dua rakyat berdepan detik cemas
Dua rakyat Malaysia antara empat individu yang cedera dalam satu letupan bom di Narathiwat, yang berlaku pada 9.35 malam.
Semua laluan Malaysia-Thai di daerah Tak Bai, Sungai Golok, Weng ditutup sementara
Jalan ke Sungai Golok dari daerah Tak Bai ditutup untuk pemeriksaan selepas skuad pemusnah bom menemukan paku bertaburan di jalan raya.
Letupan bom Sungai Golok: PDRM tingkat kawalan keselamatan sempadan Malaysia-Thailand
PDRM mempertingkatkan kawalan keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand susulan insiden letupan bom dan bunyi tembakan di Sungai Golok.
Letupan bom Sungai Golok: Penduduk Rantau Panjang turut rasai gegaran
Selain letupan seorang saksi mendakwa turut mendengar insiden berbalas tembakan di kawasan berkenaan.
8 maut, 20 cedera dalam letupan bom di Syria
Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh dan lebih 20 cedera dalam letupan bom di bandar Azaz, utara Syria, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Dua maut, tiga cedera dalam letupan bom di Narathiwat
Kejadian berlaku pada petang Ahad ketika lima anggota sukarelawan pertahanan dalam perjalanan ke Pejabat Pentadbiran Mukim.
28 maut dalam dua letupan menjelang pilihan raya Pakistan
Letupan pertama ragut 16 nyawa di Pishin, manakala letupan kedua di Qila Saifullah pula menyebabkan 12 orang maut.