awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Letupan mercun: Pelajar hilang pergelangan tangan di Tanah Merah

Bernama
Bernama
24/03/2025
09:37 MYT
Letupan mercun: Pelajar hilang pergelangan tangan di Tanah Merah
Mangsa serta dua rakannya dibawa ke Hospital Jeli untuk mendapatkan rawatan awal sebelum dipindahkan ke Hospital Tanah Merah (gambar).
TANAH MERAH: Seorang pelajar, Afiq Amsyar Lamizul, 16, yang putus pergelangan tangan kiri akibat letupan mercun buatan sendiri dalam kejadian di asrama sebuah sekolah agama di Jeli semalam, selamat menjalani pembedahan di Hospital Tanah Merah (HTM) di sini hari ini.
Dalam kejadian pada 4.40 petang itu, dua rakannya yang berusia 15 tahun turut cedera terkena serpihan botol dan kini menerima rawatan di HTM. Kesemua mereka dilaporkan dalam keadaan stabil selepas dimasukkan ke hospital itu sejak malam semalam.
Ibu kepada Afiq Amsyar, Rosidah Razali, 38, berkata anaknya telah menjalani pembedahan bagi membuang satu daripada jari yang didapati sudah mati selepas pergelangan tangan kirinya hancur akibat letupan mercun itu.
"Akibat kejadian itu, anak saya kehilangan pergelangan tangan kiri serta mengalami kecederaan di badan dan kedua-dua kaki akibat terkena letupan serta serpihan botol.
"Saya mengetahui kejadian ini apabila dihubungi oleh penyelia asrama lelaki pada petang semalam," katanya kepada pemberita di HTM di sini hari ini.
Rosidah berkata ketika menerima panggilan itu, dia dan suami berada di Kota Bharu atas urusan tertentu sebelum bergegas pulang untuk mengetahui keadaan anak mereka.
"Anak saya serta dua rakannya dibawa ke Hospital Jeli untuk mendapatkan rawatan awal sebelum dipindahkan ke Hospital Tanah Merah pada 10 malam.
"Apabila tiba di Hospital Jeli, saya terkejut melihat tangan anak saya berbalut dan berlumuran darah. Ketika itu, dia sedang menangis kesakitan serta menyedari kehilangan pergelangan tangannya," katanya.
Rosidah berkata dia difahamkan anaknya telah membeli mercun bola di sebuah kedai di Ayer Lanas dan mengubah suainya dengan mengambil belerang sebelum mengisi bahan itu ke dalam botol.
Sementara itu, bapa kepada seorang lagi mangsa Mohd. Iman Baihaki, 15, Ibrahim Che Soh, 52, berkata anaknya hanya cedera di tangan dan badan akibat terkena serpihan botol yang mengandungi belerang yang meletup.
"Anak saya memaklumkan dia terkena serpihan botol yang tiba-tiba meletup. Saya kemudian bergegas ke asrama untuk melihat keadaannya. Saya bersyukur kerana kecederaan anak saya tidak serius," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mercun buatan sendiri
#putus pergelangan tangan
#Pembedahan
#Hospital Tanah Merah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan