NATIONAL
Letupan saluran gas Putra Heights: Segera muktamad siasatan demi kepentingan rakyat - HAKS

Khairil Nizam menegaskan siasatan punca kejadian letupan tersebut hendaklah disegerakan atas kepentingan awam terutama penduduk yang terkesan dengan kejadian tersebut.
KUALA LUMPUR: Lajnah Hal Ehwal Konsumer dan Kepenggunaan Pas Pusat (HAKS) menggesa pihak berkuasa mempercepatkan laporan siasatan berhubung kejadian letupan saluran paip gas di Putra Heights pada 1 April lalu.
Ringkasan AI
- HAKS menggesa pihak berkuasa mempercepatkan laporan siasatan berhubung kejadian letupan saluran paip gas di Putra Heights pada 1 April lalu untuk memastikan keselamatan awam.
- Siasatan punca teknikal penting kerana saluran paip gas terdedah kepada faktor luar seperti perubahan struktur tanah yang boleh memberi kesan kepada integriti saluran paip.
- Kelewatan siasatan menyebabkan PETRONAS menanggung kos yang semakin tinggi dan menjejaskan reputasi syarikat, selain membela nasib rakyat yang terkesan dengan tragedi ini.
"Sekiranya berlaku sebarang perlanggaran prosedur operasi standard (SOP) melibatkan pihak luar terhadap 'Right of Ways' saluran paip gas milik PETRONAS, perkara ini hendaklah diteliti oleh pihak berkuasa dan segera mengambil langkah tindakan dari sudut perundangan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Tambah beliau, siasatan punca teknikal secara komprehensif juga penting kerana saluran paip gas yang sedia ada terdedah kepada faktor luar seperti perubahan struktur tanah serta mendapan air dalam tanah yang boleh memberi kesan kepada integriti saluran paip tersebut.
“Walaupun reka bentuk kejuruteraan saluran paip tersebut dibuat untuk bertahan lebih daripada 30 tahun, sebarang faktor luar seperti mendapan tanah, kesan kerja luaran seperti penanaman paip saluran air berhampiran dengan jajaran paip gas yang berkemungkinan menyebabkan perubahan kedudukan asal saluran paip tersebut, boleh menyebabkan potensi berlaku kebocoran," katanya.
Beliau juga menyuarakan kebimbangan dengan kelewatan siasatan ini, menyebabkan PETRONAS perlu menanggung kos yang semakin tinggi kerana tidak dapat menggunakan jajaran laluan saluran paip tersebut untuk membekalkan gas kepada pelanggannya.
“PETRONAS Gas Berhad (PGB) yang pada awalnya dijangka menanggung kerugian antara RM18 juta hingga RM35 juta akibat kejadian ini, berkemungkinan menanggung kos yang lebih tinggi dengan kelewatan siasatan ini.
"Anggaran ini adalah merangkumi kehilangan hasil, kos pembaikan kerosakan, pampasan awam dan pengurusan reputasi.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami