Seramai 19 pelajar Malaysia yang menuntut di Adventist University of the Philippines (AUP) di wilayah Batangas dipindahkan ke Manila susulan letusan gunung berapi Taal.
Kementerian Luar dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan pemindahan itu dilakukan ekoran keadaan yang semakin kritikal termasuk pengisytiharan cuti kecemasan yang diumumkan Pejabat Presiden Filipina.
Ia turut menyarankan agar warganegara Malaysia menangguhkan perjalanan ke kawasan yang terjejas akibat bencana itu sekiranya tiada keperluan mendesak.
“Warganegara Malaysia yang terkesan dan memerlukan bantuan pula dinasihat agar menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Manila.
“Sebarang perkembangan terkini mengenai bencana itu akan dimaklumkan daripada semasa ke semasa,” menurut kenyataan itu lagi.
Gunung berapi Taal, yang terletak 65 kilometer di selatan Manila, dilaporkan meletuskan debu pada Ahad lalu mengakibatkan ribuan penduduk dipindahkan dari kawasan berkenaan.
Bernama
Tue Jan 14 2020

Warganegara Malaysia dinasihat menangguhkan perjalanan ke kawasan yang terjejas akibat bencana itu sekiranya tiada keperluan mendesak. - Reuters

Presiden AS | Biden dijangka tingkat hubungan pelbagai hala
Hubungan 'multi-lateral' antara negara-negara asia akan terus diperhebat di bawah pentadbiran baharu, Presiden Joe Biden dan Naib Presidennya, Kamala Harris. Duta Amerika Syarikat ke Malaysia, Kamala Shirin Lakhdhir turut menjangkakan, pentadbiran Presiden Joe Biden turut memberi fokus ke arah mengangkat semula kerjasama ekonomi dalam situasi pandemik COVID-19.

10 Berita Pilihan - (20 Januari 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

"Tahniah rakanku!" Ucapan Barrack Obama kepada Biden
Obama dilihat menyambut baik pelantikan Presiden AS ke-46, Joe Biden.

Letupan di Madrid, dua maut dalam runtuhan bangunan
Sekurang-kurangnya dua maut dan beberapa yang lain cedera selepas sebuah bangunan di tengah bandar Madrid milik Gereja Katolik runtuh pada Rabu.

Joe Biden, Kamala Harris tiba di Capitol AS bagi majlis angkat sumpah
Kamala Harris dan Joe Biden dijadualkan mengangkat sumpah jawatan tidak lama lagi iaitu jam 12 tengahari waktu tempatan.

Pembangkang setuju sertai Jawatankuasa Khas Bebas mengenai darurat
Blok pembangkang bersetuju menghantar tiga nama Ahli Parlimen bagi menyertai Jawatankuasa Khas Bebas yang akan menasihati secara langsung Yang di-Pertuan Agong berhubung darurat.

Kekalkan OPR pada 1.75 peratus akan beri sokongan kepada ringgit - MARC
Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC) menjangka mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) tidak berubah pada 1.75 peratus akan memberi sokongan kepada ringgit.

ASEAN perlu ada CDC sendiri - Dr Jemilah Mahmood
Penasihat Khas kepada Perdana Menteri Malaysia mengenai Kesihatan Awam Tan Sri Dr Jemilah Mahmood menyuarakan harapannya agar negara-negara ASEAN akan memiliki CDC serantau.

AWANI Ringkas: Pembangkang setuju sertai Jawatankuasa Khas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![[TERKINI] Presiden AS | Momen terakhir Trump di White House [TERKINI] Presiden AS | Momen terakhir Trump di White House](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/4717927711611153034238/1886475_31570730741611153594994_640x360.jpg)
[TERKINI] Presiden AS | Momen terakhir Trump di White House
Ikuti Luqman Hariz dan Nailah Huda untuk perkembangan terkini momen terakhir Trump di White House.

Gempa bumi 6.3 landa Batangas, Filipina
Institut Kajian Gunung Berapi dan Seismologi Filipina dalam satu laporan menyatakan gempa tersebut berlaku pukul 7.43 pagi, 10 kilometer barat laut bandar Calatagan.

Taufan Molave badai Filipina, ribuan penduduk terjejas
Seorang dilaporkan hilang dan tujuh yang lain berjaya diselamatkan selepas kapal mereka tenggelam di wilayah Batangas.

Gempa bumi sederhana landa Mindoro, Filipina
Gegaran itu berlaku kira-kira 40 kilometer (km) barat daya dari Batangas City, Filipina pada kedalaman 132 km.

Letusan gunung berapi, pelajar Malaysia dipindah ke Manila
Seramai 19 pelajar Malaysia yang menuntut di Adventist University of the Philippines (AUP) di wilayah Batangas dipindahkan ke Manila susulan letusan gunung berapi Taal.

Letusan Gunung Berapi Taal: 8,000 mangsa dipindahkan
Pada masa sama, Lapangan Terbang Antarabangsa Aquino, Manila, juga terpaksa ditutup sementara malam tadi selepas ia diselubungi debu letusan gunung berapi yang berlaku sejak Ahad.