awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LHDN berjaya kutip RM512.6 juta melalui PKPS 2.0 - Amir Hamzah

Bernama
Bernama
16/07/2024
04:30 MYT
LHDN berjaya kutip RM512.6 juta melalui PKPS 2.0 - Amir Hamzah
Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata jumlah taksiran dibangkitkan didapati melepasi sasaran awal yang ditetapkan iaitu sebanyak RM1 bilion. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah mengutip RM512.6 juta daripada keseluruhan taksiran cukai berjumlah RM1.29 billion sepanjang tempoh Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) 2.0 bermula 6 Jun 2023 hingga 31 Mei 2024.
Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata jumlah taksiran dibangkitkan didapati melepasi sasaran awal yang ditetapkan iaitu sebanyak RM1 bilion.
"Sepanjang tempoh tersebut juga, LHDN telah meluluskan sebanyak 141,406 permohonan pengakuan sukarela yang melibatkan 102,572 bilangan kes pembayar cukai individu, 27,707 bilangan kes syarikat dan selebihnya melibatkan lain-lain kategori seperti pertubuhan.
"Jumlah ini melibatkan taksiran cukai yang dilaporkan sebanyak RM1.29 bilion," katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian menjawab soalan Datuk Mohd Isam Mohd Isa (BN-Tampin) yang ingin tahu keberkesanan PKPS 2.0, bilangan syarikat dan individu yang telah menyertainya serta nilai kutipan hasil yang berjaya diperoleh agar dapat dibelanjakan bagi tujuan kebaikan dan kebajikan rakyat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#LHDN
#Amir Hamzah Azizan
#Dewan Rakyat
#Program Khas Pengakuan Sukarela
#Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan