CYBERJAYA: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak bercadang untuk melanjutkan tempoh masa penguatkuasaan sistem invois elektronik (e-invois) yang dijadual dijalankan sepenuhnya pada 1 Julai 2025.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abu Tariq Jamaluddin berkata syarikat yang mempunyai pendapatan melebihi RM100 juta akan melaksanakan sistem berkenaan mulai 1 Ogos ini.
Manakala bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), beliau berkata syarikat berkenaan mempunyai tempoh lebih kurang setahun lagi untuk terlibat dalam sistem berkenaan.
"Di pihak LHDN kita akan sediakan segala kemudahan bagi membantu pengusaha kecil, antaranya kita ada portal percuma untuk mereka.
"Apa yang penting untuk kita beri pendidikan bagaimana mereka boleh menggunakan kemudahan yang ada ini. LHDN akan ambil masa setahun ini untuk berjumpa dengan semua peniaga kecil bagi menerangkan bagaimana mereka boleh turut serta dalam program ini (e-invois).
"Ketika ini kita tidak ada lagi cadangan untuk memberi lanjutan masa tetapi lebih untuk memberi pendidikan dan pendedahan kepada mereka (PKS) bagaimana mereka turut serta dalam e-invois ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Sambutan Raya LHDN 2024: Gema Lebaran Aidilfitri di sini pada Selasa.
Jelas Abu Tariq, pelbagai program telah dirancang menerusi pejabat LHDN di seluruh negara bagi membantu pembayar cukai dan pengusaha yang ingin mengemukakan e-invois.
Terdahulu, LHDN memaklumkan syarikat yang terbabit dalam pelaksanaan projek rintis e-invois boleh mula mengakses persekitaran pengujian (Sandbox) MyInvois bermula 10 April.
Inisiatif e-invois di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) diperkenalkan seiring Pelan Hala Tuju Strategik e-Dagang Kebangsaan (NESR) 2.0 dan Program Mangkin Malaysia Digital (PEMANGKIN).
Sebanyak 4,000 syarikat yang memperoleh pendapatan melebihi RM100 juta setahun disasarkan menjadi kumpulan pertama untuk terbabit dalam pelaksanaan e-invois yang dilaksanakan mulai 1 Ogos ini.
Syarikat dengan pendapatan atau jualan tahunan melebihi RM25 juta dan sehingga RM100 juta, akan mula mengguna pakai e-invois pada 1 Januari 2025, dengan penguatkuasaan penuh pada 1 Julai 2025.
Hasimi Muhamad
Tue Apr 30 2024
Inisiatif e-invois di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) diperkenalkan seiring Pelan Hala Tuju Strategik e-Dagang Kebangsaan (NESR) 2.0 dan Program Mangkin Malaysia Digital (PEMANGKIN) - Foto/fail
Spotify Car Thing tidak lagi boleh digunakan selepas 9 Disember
Selepas tarikh tersebut, ia tidak lagi boleh digunakan untuk menstrim muzik daripada Spotify di dalam kenderaan.
AWANI Ringkas: Keputusan SPM 2023 Isnin ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Hening, pilu iringi penerbangan pulang jenazah Sarjan Faridah
Majlis Penghormatan Jenazah Allahyarham Faridah dilaksanakan mengikut tradisi ketenteraan oleh pihak UNIFIL bertempat di Lapangan Terbang Antarabangsa Rafik Hariri.
Berita ADUN Sungai Bakap kritikal tidak benar - Pas Pulau Pinang
Ketua Pembangkang Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusoff menafikan dakwaan mengenai keadaan terkini Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap, Nor Zamri Latiff yang dikatakan sedang kritikal.
Protes Gaza: Pelajar Oxford ditahan kerana protes Gaza di universiti
Polis Britain menahan 16 individu kerana disyaki melakukan pencerobohan di Universiti Oxford pada Khamis, selepas penunjuk perasaan pro-Palestin mengadakan protes di pejabat naib canselor universiti.
5 ahli keluarga suspek serang Balai Polis Ulu Tiram ditahan bawah Sosma
Lima ahli keluarga suspek kes serangan Balai Polis Ulu Tiram, Johor ditahan semula mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).
Kemenangan Piala FA mampu selamatkan musim buruk Manchester United
Erik ten Hag percaya kemenangan dalam aksi Piala FA menentang Manchester City pada Sabtu boleh menyelamatkan musim buruk pasukan itu.
CEROBOHOXPORD_WEB
Polis Britain menahan 16 individu kerana disyaki melakukan pencerobohan di Universiti Oxford pada Khamis, selepas penunjuk perasaan pro-Palestin mengadakan protes di pejabat naib canselor universiti.
Musim haji: Makkah Route permudah urusan bagasi, perjalanan jemaah haji Malaysia
Jemaah haji Malaysia mendapat manfaat besar daripada Inisiatif Makkah Route yang kini memasuki tahun keenam.
Ibu-bapa perlu elak dari mencium mulut anak
Ibu-bapa perlu mengelakkan diri daripada perbuatan mencium mulut anak meskipun ia sebagai tanda menzahirkan kasih sayang.
Menurut pakar psikologi SEGi university, Prof. Datin Dr. Mariani Md Nor, ini kerana perbuatan tersebut berkemungkinan mendorong kepada pembentukan sifat kanak-kanak yang menganggap perkara itu sebagai perkara biasa, sehingga melakukannya kepada orang lain.
Menurut pakar psikologi SEGi university, Prof. Datin Dr. Mariani Md Nor, ini kerana perbuatan tersebut berkemungkinan mendorong kepada pembentukan sifat kanak-kanak yang menganggap perkara itu sebagai perkara biasa, sehingga melakukannya kepada orang lain.
LHDN tak cadang lanjut tempoh kuat kuasa e-invois, beri pendidikan kepada PKS
Sebanyak 4,000 syarikat yang memperoleh pendapatan melebihi RM100 juta setahun disasarkan terbabit dalam pelaksanaan e-invois yang dilaksanakan mulai 1 Ogos ini.