GEORGE TOWN: Ketua Pembangkang Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusoff menafikan dakwaan mengenai keadaan terkini Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap, Nor Zamri Latiff yang dikatakan sedang kritikal.
Muhammad Fauzi yang juga Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang berkata, berita itu hanya khabar angin dan ia tidak benar.
Menurutnya, Nor Zamri kini masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya dan memerlukan rehat yang cukup.
"Keadaan beliau stabil dan masih menerima rawatan di HSJ. Keadaannya juga lebih baik daripada hari itu. Bagaimanapun, beliau masih menerima rawatan dan perlu berehat.
"Beliau sedang direhatkan dan doktor juga menyatakan beliau perlu rehat yang sangat banyak," katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang ke-15, di sini pada Jumaat.
Muhammad Fauzi menambah, berita yang disebarkan sebelum ini mengenai keadaan terkini Nor Zamri adalah tidak benar.
"Saya sendiri pergi melawat beliau, banyak kali. Terbaru pada Rabu lalu, sebelum saya ke Kelantan.
"Mengenai berita yang kata beliau kritikal, itu buah mulut orang saja. Kita ada adab dengan keluarga, jadi kalau kita buat macam itu, sebab itu saya tak mahu keluar apa-apa kenyataan.
Apa keluarga akan rasa? Saya harap media khususnya, dalam penulisan, tulis yang elok-elok. Kita harap beliau sembuh," katanya.
Jelas beliau, pihak pembangkang sudah menyerahkan sijil cuti sakit Nor Zamri kepada Speaker DUN, Datuk Law Choo Kiang berikutan Nor Zamri tidak akan menghadiri persidangan pada kali ini.
"Persidangan DUN Pulau Pinang kali ini, wakil pembangkang hanya 10 orang kerana Nor Zamri tidak sihat.
"Sijil cuti sakit pun kami dah serahkan kepada Speaker," katanya.
Sebelum ini, Nor Zamri dilaporkan ditempatkan di Wad ICU Hospital Seberang Jaya kerana komplikasi di bahagian perut.
Nor Zamri dimasukkan ke hospital susulan sakit perut dan diberikan ubat tidur untuk membolehkannya berehat.
Bagaimanapun selepas beberapa hari diberi rawatan, beliau dilaporkan stabil dan semakin menunjukkan perkembangan positif.
Susulan itu, isterinya, Musalmah Yusop, 50 an memohon agar diberi ruang kepada keluarga Nor Zamri untuk waktu ini.
Kata Musalmah, suaminya bukan ditidurkan sebaliknya diberi ubat tidur untuk beberapa hari bagi membolehkannya berehat.
Nor Zamri dari Pas yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri lalu menentang calon Pakatan Harapan, Nurhidayah Che Rose menang dengan majoriti 1,563 dengan mendapat undian 15,433. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri May 24 2024
Nor Zamri kini masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya dan memerlukan rehat yang cukup. - Gambar fail
Pusat hiburan operasi lebih masa, 78 ditahan positif dadah
Saringan awal air kencing yang dilakukan mendapati seramai 63 lelaki dan empat warga tempatan serta 11 lelaki warga asing positif dadah.
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 15 Disember 2024
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
AWANI Pagi: Khalwat & hak individu - Di mana batas penguatkuasaan?
Ikuti perbincangan mendalam #AWANIpagi bersama Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang yang akan mengupas isu prosedur tangkapan khalwat, hak individu, dan sejauh mana penguatkuasaan syariah dapat dilaksanakan dengan adil tanpa melanggar batas etika dan sensitiviti, Ahad ini jam 7.30 pagi.
Bayrou galas tugas berat satukan Perancis
Ketua Parti Modem berusia 73 tahun itu dilantik sembilan hari selepas Parlimen menggulingkan Michel Barnier.
Mengenang Ananda | Pembina negara: Memanfaat teknologi, menerjah kemajuan
Jejak peninggalan Ananda Krishnan kekal mengakar dibumi, tatkala menerjah langit. Beliau bukan hanya meluaskan empayar perniagaan, tetapi juga mengukuhkan landskap ekonomi negera - dengan aspirasi beliau menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan moden.
Mengenang Ananda | Nilai Filantropi: Merealisasikan impian yang memerlukan
Bukan hanya bergelar hartawan, mendiang Ananda Krishnan terkenal dengan sikap dermawan, menyediakan pelbagai jenis biasiswa dan tajaan terutama dalam bidang pendidikan. Mendiang menubuhkan pelbagai badan kebajikan yang memfokuskan pembangunan pendidikan dan modal insan.
Mengenang Ananda | Legasi perniagaan: Merentas pelbagai sektor industri
Pemergian Ananda Krishnan meninggalkan legasi perniagaan yang membanggakan Malaysia. Individu berwawasan tinggi ini menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi Malaysia melalui pembinaan KLCC, penubuhan Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat.
ABC News setuju bayar saman fitnah AS$15 juta Trump, mohon maaf
Rangkaian berita itu akan membayar sebanyak AS$15 juta kepada sebuah badan kebajikan dan mengeluarkan permohonan maaf.
Lelaki sempat jerit minta tolong sebelum dibaham buaya
Mangsa berusia 28 tahun disambar reptilia itu ketika melalui jambatan kayu di kawasan setinggan tersebut.
Bekas pemain bola sepak Manchester City sah Presiden Georgia
Mikheil Kavelashvili dilantik sebagai Presiden oleh Parlimen Georgia selepas 16 hari protes melanda pekan dan bandar negara berkenaan.
Abidin angkat sumpah ADUN Sungai Bakap
Naib Yang Dipertua Pas Nibong Tebal berusia 56 tahun itu mengangkat sumpah di hadapan Speaker DUN Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang.
ADUN Sungai Bakap meninggal dunia
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap, Nor Zamri Latiff disahkan meninggal dunia tengah hari tadi.
Berita ADUN Sungai Bakap kritikal tidak benar - Pas Pulau Pinang
Ketua Pembangkang Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusoff menafikan dakwaan mengenai keadaan terkini Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap, Nor Zamri Latiff yang dikatakan sedang kritikal.
ADUN Sungai Bakap stabil, masih di ICU
'YB Abang Zam' masih memerlukan rawatan dan rehat yang cukup serta tidak dibenarkan menerima pelawat buat masa ini.
ADUN Sungai Bakap ditidurkan akibat keradangan perut
Muhammad Fauzi dimaklumkan oleh ahli keluarga Nor Zamri berhubung keadaan kesihatan beliau yang ketika ini ditidurkan.