awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KKDW nilai cadangan sokongan bagi usahawan profesional buka klinik fisioterapi luar bandar
Dr Akmal masih jalankan tugas Exco Melaka seperti biasa - KM
Penembak bekas PM Jepun Shinzo Abe fail rayuan terhadap hukuman penjara seumur hidup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemenangan Piala FA mampu selamatkan musim buruk Manchester United

Sinar Harian
Sinar Harian
24/05/2024
04:40 MYT
Kemenangan Piala FA mampu selamatkan musim buruk Manchester United
Erik ten Hag enggan menjawab apabila ditanya sama ada perlawanan itu akan menjadi perlawanan terakhirnya mengendalikan United. - Gambar/ AP
PENGENDALI Manchester United, Erik ten Hag percaya kemenangan dalam aksi Piala FA menentang Manchester City pada Sabtu boleh menyelamatkan musim buruk pasukan itu.
“Ini semua tentang trofi. Kami mempunyai peluang besar untuk memenangi trofi.
“Dalam 10 tahun kebelakangan ini, tidak ada begitu banyak trofi di kelab tetapi kami mempunyai peluang untuk memenangi dua trofi dalam dua tahun,” katanya, merujuk kepada kemenangan Piala Liga musim lalu.
Dalam pada itu, pengendali kelahiran Belanda itu enggan menjawab apabila ditanya sama ada perlawanan itu akan menjadi perlawanan terakhirnya mengendalikan United.
“Saya tidak mempunyai apa-apa untuk diperkatakan, saya hanya fokus pada tugas yang perlu saya lakukan dan itu ialah memenangi perlawanan pada hari Sabtu dan kemudian kami meneruskan perjalanan pasukan.
“Saya datang ke sini untuk memenangi trofi. Pada Sabtu saya mempunyai peluang untuk mencapainya dan kami memperoleh peluang ini sebagai satu pasukan," katanya.
United telah menjulang Piala FA sebanyak 12 kali, tetapi hanya memperoleh satu kemenangan dalam lima penampilan perlawanan akhir mereka iaitu kemenangan 2-1 ke atas Crystal Palace pada masa tambahan pada 2016.
Mereka tewas kepada City 2-1 pada perlawanan akhir tahun lalu di Wembley. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Manchester United
#Erik ten Hag
#pencapaian buruk
#Piala FA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan