awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LHDN tawar bayaran ansuran tunggakan cukai pendapatan dan CKHT

Bernama
Bernama
26/07/2023
11:00 MYT
LHDN tawar bayaran ansuran tunggakan cukai pendapatan dan CKHT
LHDN menjelaskan permohonan bayaran secara ansuran boleh dibuat secara bertulis dan dikemukakan di pejabat LHDN berhampiran atau secara dalam talian menerusi platform MyTax. - LHDN
PUTRAJAYA: Pembayar cukai boleh membuat permohonan bayaran secara ansuran untuk amaun tunggakan cukai pendapatan (CP) dan cukai keuntungan harta tanah (CKHT) bagi tahun kebelakangan tanpa dikenakan kenaikan cukai, menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
LHDN dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan permohonan bagi bayaran ansuran itu boleh dibuat bermula 6 Jun lepas hingga 31 Mei 2024, iaitu sepanjang tempoh Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) 2.0 berlangsung.
PKPS 2.0 ialah inisiatif LHDN untuk menyokong rukun pemampanan dalam pentadbiran percukaian negara dan memberi peluang kepada pembayar cukai untuk tampil secara sukarela bagi melaporkan pendapatan dan pengiraan cukai yang tepat dan teratur.
LHDN menjelaskan permohonan bayaran secara ansuran boleh dibuat secara bertulis dan dikemukakan di pejabat LHDN berhampiran atau secara dalam talian menerusi platform MyTax melalui portal rasmi LHDN, https://www.hasil.gov.my/.
"Sebagai maklumat tambahan, dokumen sokongan tidak perlu dikemukakan bagi permohonan ini sekiranya penyelesaian amaun dibuat dalam tempoh pelaksanaan PKPS 2.0," menurut LHDN.
Pembayar cukai turut akan diberikan kelonggaran pelepasan sementara sekatan perjalanan di bawah Seksyen 104 Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi bayaran ansuran tunggakan cukai yang dibuat secara konsisten dan mematuhi jadual bayaran.
LHDN memberitahu kegagalan mematuhi syarat bayaran yang telah ditetapkan boleh mengakibatkan kenaikan cukai dikenakan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#LHDN
#bayaran secara ansuran
#tunggakan cukai
#Program Khas Pengakuan Sukarela
#cukai pendapatan
#cukai keuntungan harta tanah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan