PEMILIK baru skuad Kelantan, Norizam Tukiman, berhasrat menyaingi Johor Darul Ta'zim (JDT), baik persembahan di atas padang apabila menyedari liku-liku yang perlu ditempuhi sebelum The Red Warriors kembali dicanang sebagai pencabar utama.
Ahli perniagaan itu memasang hasrat besar selepas melengkapkan proses pemilikan bekas juara 'treble' 2012 berkenaan daripada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) pada Khamis lalu dan sudah mempunyai perancangan untuk membangkitkan aura pasukan dari Pantai Timur tersebut.
"Saya memang minat bola. Saya nampak JDT ada pembangunan tetapi sedar mengapa pasukan lain tiada?
"Jadi saya rasa perkara-perkara seperti ini perlu diketengahkan melalui individu-individu yang betul.
"Bila langkah penswastaan berlaku, saya nampak peluang mengemudi pasukan kelab sendiri.
"Ini impian saya.
"Kalau JDT lawan Kelantan memang best sebab pertembungan kedua-dua pasukan ini akan menjadi menarik.
"Kelantan memiliki satu-satunya pasukan yang mempunyai jumlah penyokong yang besar, kalau masuk Liga M3, bola sepak pasti akan hilang serinya," katanya dalam konti rancangan Bola@Mamak di Astro Arena, pada Isnin.
Sebagai kesinambungan kejayaan pada masa depan, TRW meletakkan tiga asas iaitu pulangan jangka masa pendek, sederhana dan panjang
"Saya tidak perlukan publisiti tetapi bola sepak perlukan sokongan supaya dapat menjadikannya sebagai satu industri.
"Dengan penswastaan pasukan, jalan ke arah korporat itu ada. Saya sudah mengulang kaji mengenainya.
"Entiti ini dapat diuruskan dengan lebih baik tanpa campur tangan.
"Saya suka kalau orang pandang sinis terhadap saya ingin berhasrat menjadikan pasukan ini bernilai RM1 bilion di bursa saham.
"Saya bukan jenis main-main, saya cakap saya buat. Kepercayaan adalah paling mahal dalam perniagaan."
Bagi menjayakan hasrat tingginya itu, Norizam mahu menyediakan prasarana berkualiti membabitkan gelanggang latihan.
"Saya nak pajak padang latihan MARDI, yang digunakan pasukan ketika ini, selama 30 tahun bagi saya mewujudkan pusat latihan yang setanding dengan JDT demi imej dan kelesaan pasukan.
"(Kalau ada) mana-mana warga Kelantan yang sudi wakafkan tanah atau bekerjasama dengan saya. Bolehlah kami laksanakan perkara ini secepat mungkin," katanya.
Tambahnya: "Saya juga bercadang menjalinkan kerjasama dengan USM Kubang Kerian bagi tujuan sains sukan agar perjalanan kami menjadi lebih dinamik."
Dalam masa yang sama, pemuda kelahiran Senai, Johor itu sedar bahawa pasukan Liga Perdana itu tidak boleh berbelanja sewenang-wenangnya meskipun mengintai tiket ke Liga Super musim depan.
Pada Sabtu, beliau menempelak pemain tertentu kerana mensia-siakan peluang mencipta kemenangan ke atas Selangor II apabila dengan lantang sedia merombak keseluruhan pasukan sejurus perlawanan di Stadium MBPJ itu.
Namun, kehadiran nama besar bukan jaminan sebaliknya akan memberi fokus kepada aspek pembangunan memandangkan keutamaanya ketika ini ialah membebaskan pasukan kendalian Yusri Che Lah itu daripada hutang setinggi RM6.8 juta.
"Buat masa ini skuad pembangunan Kelantan masih di bawah kendalian KAFA. Tapi kami kena bagi peluang kepada pemain baru.
"Tetapi apa paling penting, kami perlu selesaikan isu tunggakan gaji bekas pemain sebelum 15 September (Selasa depan).
"Nampaknya peguam kami sedang bekerja keras, hari ini mereka telah menghubungi bekas-bekas pemain supaya masalah-masalah berkaitan dengan FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa) wajib diselesaikan.
"Kami sasarkan sebelum November ini, kesemua hutang dapat diselesaikan."
Bahkan, sebanyak 30 peratus saham TRW juga akan dibuka kepada penyokong negeri itu sekiranya ia mula dipasarkan di Bursa Saham kelak.
Astro Arena
Tue Sep 08 2020
NORIZAM: Kami sasarkan sebelum November ini, kesemua hutang dapat diselesaikan. - Gambar fail
Apple iOS 17.5.1 atasi isu gambar dipadam muncul semula
Apple tidak keluar sebarang komen, sekadar tawarkan kemas kini iOS 17.5.1, menyatakan ia mengatasi masalah gambar lama muncul semula itu.
AWANI Ringkas: Kontroversi penganjuran pesta hiburan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Windows Recall ingat kesemua aktiviti, lokasi fail pada PC
Microsoft mengatakan Recall ialah seperti mempunyai pembantu maya dengan memori fotografi.
Niaga SPOTLIGHT: Economic impacts of extreme heat
Niaga SPOTLIGHT: Economic impacts of extreme heat
Pilihan raya Iran ditetapkan pada 28 Jun
Ketua-ketua cabang kuasa Iran telah memutuskan 28 Jun sebagai tarikh untuk memilih Presiden baharu.
Melahirkan lebih ramai pencipta nilai Bumiputera
Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Peneraju, Ibrahim Sani berkongsi pandangan beliau berkenaan hala tuju
Ziyad Zolkefli, Latif Romly sah layak ke Sukan Paralimpik Paris 2024
Antara atlet lain adalah atlet lompat jauh, Datuk Abdul Latif Romly, dan atlet para berbasikal, Muhamad Yusof Hafizi Shaharuddin.
Jualan kenderaan baharu meningkat 21 peratus pada April - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia melonjak 21 peratus kepada 57,991 unit pada April 2024 daripada 47,802 pada bulan yang sama tahun lepas, demikian menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA).
Analisis perdagangan: Imbangan dagangan menurun, jumlah dagangan meningkat
Jumlah dagangan menunjukkan peningkatan 12.1 peratus daripada RM197.8 bilion pada tahun sebelumnya kepada RM221.7 bilion dipacu oleh kenaikan import 15.6 peratus, mencecah RM107.0 bilion dan eksport 9.1 peratus, mencecah RM114.7 bilion. Bagaimana ini mencerminkan kesihatan ekonomi semasa?
Kupasan bersama Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS),
Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff.
Kupasan bersama Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS),
Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff.
"Keadaan Faisal Halim bertambah baik, tunggu sidang media tengah hari ini" - Shahril
Timbalan Presiden FAS memaklumkan akan berkongsi perkembangan lanjut berkenaan keadaan Faisal tengah hari ini.
Liga Super: Tangan Kamal Azizi patah terkena bola sepakan pemain Kuching City
Kamal dikeluarkan seawal minit pertama perlawanan selepas bola sepakan pemain pertahanan Kuching City terkena tangan kanannya.
Lima pemain Vietnam ditangkap salah guna dadah
Kelab itu difahamkan bakal menamatkan kontrak pemain yang terlibat dalam ke penyalahgunaan dadah itu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 8 Mei 2024.
Polis tingkat kawalan keselamatan pemain TFC
Polis Terengganu meningkatkan kawalan keselamatan terhadap pemain Terengganu FC (TFC) susulan insiden serangan yang menimpa dua pemain bola sepak tempatan pada Khamis dan semalam.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Penggunaan VAR perlu masa untuk sempurna - Kuljanac
Miroslav Kuljanac berkata penggunaan VAR amat penting, namun memerlukan masa dari segi pengendalian untuk benar-benar sempurna.
Hari ini, VAR pertama kali digunakan di Malaysia
Teknologi itu digunakan dalam aksi Piala Menteri Wilayah Persekutuan melibatkan pasukan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan di Cheras.
FAM lancar Akademi Pengadil Profesional
Seramai 30 pengadil termasuk tiga pengadil wanita dipanggil untuk menyertai akademi berkenaan bagi fasa pertama bermula tahun 2023-2025.