KUALA LUMPUR: Negeri Sembilan FC (NSFC) memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri apabila menewaskan Terengganu FC 2-1 sekali gus memperoleh kemenangan pertama musim ini dalam saingan Liga Super, malam tadi.
Perlawanan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, itu menyaksikan keuda-dua pasukan mempamerkan saingan seimbang dengan mencipta beberapa percubaan menarik namun gagal disempurnakan dengan baik pada 20 minit pertama perlawanan.
Pemain import, Levy Clement Madinda dari Gabon, kemudian meletakkan pasukan tuan rumah di hadapan apabila membuka jaringan pada minit ke-28.
Terengganu yang diberi julukan skuad The Turtles, bagaimanapun, terus memberikan tentangan sengit apabila pemain import dari Thailand, Adisak Kraison memanfaatkan situasi permainan kelam kabut dengan membolosi gawang tuan rumah pada minit ke-45.
Babak kedua perlawanan menyaksikan pasukan, kendalian jurulatih K.Devan, berada di kedudukan selesa apabila penyerang Anselmo Arruda Da Silva menjaringkan gol kedua pada minit ke-67 hasil hantaran kemas Tommy Mawat Bada dan kedudukan kekal sehingga ke wisel penamat.
Negeri Sembilan kini mengutip lima mata selepas empat perlawanan manakala Terengganu kekal dengan empat mata selepas lima perlawanan.
Sementara itu, perlawanan di Stadium Perak, Ipoh pula menyaksikan Perak FC gagal menebus kekalahan dengan Sri Pahang FC selepas tewas 0-3.
Skuad The Bos Gaurus, kendalian Datuk Lim Teong Kim,bertekad menebus kekalahan 1-2 ke atas Sri Pahang selepas tersingkir dari saingan Piala FA, minggu lalu, tersentak apabila dikejutkan dengan jaringan pembukaan oleh penyerang profilik Sri Pahang, Kpah Sherman pada minit ke-13.
Asakan bertali arus tuan rumah tidak merencatkan barisan serangan Sri Pahang apabila Kpah Sherman berjaya memperdayakan pertahanan Perak dan melorongkan bola kepada Stefano Brundo untuk menyumbat gol kedua Sri Pahang pada minit ke-36.
Perak kemudian terpaksa bermain 10 pemain apabila pengadil perlawanan, Razlan Joffri Ali, melayangkan kad merah kepada Muhammad Nasrol Amri Kamarul Azhar selepas pemain itu melakukan terjahan dari belakang ke atas Sergio Aguero pada minit ke-39.
Aksi babak kedua menyaksikan Sri Pahang mendominasi perlawanan dengan hasilnya terserlah menerusi jaringan pemain gantian, Muhammad Zuhair Aizat Mohd Nazri, pada minit ke-74 untuk kemenangan mutlak pasukan pelawat itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 16 2023
Pemain Negeri Sembilan Levy Madinda (kanan) meraikan jaringan golnya ketika menentang Terengganu FC pada perlawanan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi. - Foto BERNAMA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 17 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dipercayai terdapat gerakan tersusun sebar maklumat palsu di media sosial - Fahmi
Fahmi berkata bagaimanapun buat masa ini, Kementerian Komunikasi belum menerima apa-apa maklumat secara terperinci.
Tumpuan Sabtu – 18 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PRN Sabah: Tiada parti boleh bergerak solo, UMNO dijangka bentuk gagasan - Bung Moktar
UMNO Sabah memberi bayangan akan membentuk satu gabungan atau gagasan baharu dengan mana-mana parti yang dirasakan boleh bekerjasama dalam mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17.
Serangan balai polis: Jangan buat kesimpulan awal - Mufti Perlis
Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menasihatkan agar semua pihak tidak membuat kesimpulan terlalu awal berhubung serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor kerana bimbang akan menimbulkan sentimen Islamofobia.
Serangan balai polis: Gerakan JI di negara ini mungkin belum berakhir - Syahril Kadir
Editor Jenayah, Syahril Kadir berkata kejadian berdarah yang berlaku di Balai Polis Ulu Tiram, Johor menunjukkan kemungkinan gerakan Jemaah Islamiah (JI) dalam negara ini belum betul-betul berakhir.
Tegasnya, pihak berkuasa tidak boleh leka dengan ancaman tersebut, yang disifatkan sebagai 'api dalam sekam'.
Tegasnya, pihak berkuasa tidak boleh leka dengan ancaman tersebut, yang disifatkan sebagai 'api dalam sekam'.
Rezeki lapan sekeluarga tunai haji bersama kerana pengorbanan ibu bapa menabung
Menabung sejak awal usia, membawa lima beradik ke Tanah Suci secara serentak pada tahun ini, musim 1445H/2024M.
Singapura kutuk sekeras-kerasnya serangan Balai Polis Ulu Tiram - Kementerian Luar
Singapura mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram di Johor pada Jumaat, yang mengakibatkan kematian dua anggota polis dan mencederakan seorang lagi.
Malaysia, Uzbekistan boleh bekerjasama teroka bidang baharu pendigitalan, peralihan tenaga
Perdana Menteri berkata kedua-dua negara juga boleh menjalin kerjasama yang baik dalam sektor halal, perbankan dan teknologi makanan.
Azzmi dilantik Ketua Jurulatih NSFC musim ini
Bekas Ketua Jurulatih Polis Diraja Malaysia FC (PDRM FC) Azzmi Ab Aziz dilantik sebagai Ketua Jurulatih Negeri Sembilan FC (NSFC) baharu berkuat kuasa 15 Feb lepas.
Zaquan Adha umum bersara dengan linangan air mata
"Saya rasa ini pengakhiran saya sebagai pemain profesional bola sepak."
Liga Super: NSFC raih kemenangan pertama atasi Terengganu 2-1
Negeri Sembilan kini mengutip lima mata selepas empat perlawanan manakala Terengganu kekal dengan empat mata selepas lima perlawanan.
NSFC manfaat beraksi di laman sendiri, benam Sarawak United 3-2
Skuad Hobin Jang Hobin berjaya membuka tirai gol pada minit ke-17 selepas Gustavo Almeida dos Santos menanduk masuk sepakan sudut Che Rashid.
TFC, NSFC kongsi satu mata selepas seri tanpa jaringan
Perlawanan yang bermula pada pukul 9 malam terpaksa dihentikan 13 minit kemudian selama 70 minit disebabkan petir dan hujan lebat.
COVID-19: Kes positif pasukan NSFC bukan isu besar - MFL
Isu COVID-19 bukan lagi perkara baharu malah usaha untuk mengawalnya pada tahap sepenuhnya adalah agak mustahil.
KBS, MFL pantau isu pemain Negeri Sembilan FC positif COVID-19
Kementerian Belia dan Sukan akan bekerjasama dengan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) susulan kes positif COVID-19 melibatkan 20 individu daripada pasukan Negeri Sembilan FC (NSFC).