KUALA LUMPUR: Terengganu FC (TFC) mengesahkan slot ke Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2023 selepas bergelar naib juara Liga Super 2022 dengan menewaskan Kedah Darul Aman FC, 3-1, di Stadium Darul Aman, Alor Setar, pada Sabtu.
Bermain di tempat lawan jelas tidak mematahkan semangat 'Sang Penyu', apabila mengejutkan tuan rumah seawal minit keempat menerusi jaringan pemain sayap lincah Faisal Abdul Halim, disusuli rembatan deras penyerang import Tchetche Kipre, untuk gol kedua pasukannya pada minit ke-15, sekali gus menjadikan mereka selesa di depan menuju ke bilik persalinan.
Bersambung babak kedua, Kipre menjadi duri dalam daging buat bekas pasukannya apabila melepaskan sepakan padu pada minit ke-73, hasil hantaran pemain simpanan Mohd Faiz Mohd Nasir, sebelum 'Sang Kenari' memperoleh gol saguhati menerusi pemain import Dechi Marcel, pada minit ke-88.
Kejayaan TFC itu memastikan mereka menutup kempen dengan 44 mata di belakang juara liga, Johor Darul Ta'zim (JDT) dengan 56 mata, manakala Kedah yang merupakan naib juara musim lepas, terpaksa akur di tempat kelapan liga dengan 27 mata.
Kemenangan berharga diraih anak buah Mohd Nafuzi Mohd Zain itu, menyaksikan mereka turut memintas Sabah FC yang turun satu anak tangga dengan 42 mata, selepas tumpas kepada JDT di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Ayam tambatan dari Brazil, Bergson da Silva memulakan pesta 'Harimau Selatan' apabila dengan mudah menolak masuk lorongan dari sebelah kanan oleh Arif Aiman Mohd Hanapi pada minit ke-17, sebelum sepakan percuma pemain sayap muda kebangsaan itu menerjah jaring pada minit ke-39 untuk menggandakan jaringan kedua pasukannya.
Bergson, selaku penjaring terbanyak Liga Super, terus menggamatkan penyokong tuan rumah apabila sepakan akrobatiknya pada minit ke-55, menjadikan kedudukan 3-0 memihak skuad kendalian Hector Bidoglio dan mengakhiri saingan liga dengan rekod tanpa kalah kali ini.
Dalam pada itu, Negeri Sembilan FC mengakhiri saingan Liga Super di tangga keempat dengan mengutip 41 mata apabila tumpas 0-2 kepada Sri Pahang FC di Stadium Darul Makmur, Kuantan.
Dua jaringan pemain tengah, David William Rowley masing-masing pada minit ke-21 dan ke-47, sudah cukup membantu pasukan kendalian Dollah Salleh untuk menduduki tempat ketujuh dengan 28 mata.
Selangor FC muncul pasukan kelima terbaik liga musim dengan 30 mata selepas terikat 1-1 menentang pasukan tercorot liga, Penang FC yang meraih hanya 11 mata selepas 22 perlawanan.
Aksi di Stadium Bandaraya di George Town menyaksikan penyerang Mohd Nor Hakim Hassan muncul penyelamat pasukan 'Gergasi Merah' apabila jaringannya pada minit ke-36 memadam kelebihan dimiliki Penang FC, yang membuka tirai jaringan menerusi sepakan penalti ketua pasukan mereka, Rafael De Freitas pada minit ke-30.
Penyerang Darren Lok pula muncul wira pasukan Petaling Jaya City FC apabila jaringannya pada minit ke-40, berjaya membantu pasukannya menang tipis ke atas finalis Piala AFC 2022, Kuala Lumpur City FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
Kekalahan dialami KL City, yang dibimbing jurulatih berpengalaman dari Croatia, Bojan Hodak, menyaksikan mereka mencatat 29 mata untuk berada di kedudukan keenam liga manakala PJ City FC pula di tempat kesembilan dengan 26 mata.
Sementara itu, Sarawak United juga menang tipis ke atas Melaka United FC hasil jaringan Boris Kok, empat minit sebelum perlawanan tamat di Stadium Negeri, Kuching.
Bagaimanapun, kemenangan Sarawak United tidak memberi kesan dalam kedudukan liga apabila kekal di tangga ke-11 dengan 17 mata dan hanya dibezakan dengan satu mata di belakang Melaka United, yang mencatat 18 mata di tempat ke-10.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 15 2022
Pemain Terengganu FC Tchetche Hermann Brice Kipre (dua, kanan) meraikan kejayaan bersama rakan sepasukan selepas menjaringkan gol ketika menentang pasukan KDA FC pada perlawanan Liga Super 2022 di Stadium Darul Aman. - Foto BERNAMA
Malaysia, Uzbekistan akan ubah jawatankuasa bersama dalam perdagangan kepada suruhanjaya bersama
Malaysia dan Uzbekistan telah bersetuju untuk mengaktifkan Jawatankuasa Bersama Perdagangan Antara Kerajaan dan mengubah jawatankuasa itu menjadi Suruhanjaya Bersama Antara Kerajaan.
13 negara gesa sekatan terhadap Israel daripada serang Rafah
Antara negara yang menandatangani surat berkenaan ialah Australia, yang mana menteri-menteri luar negara terbabit turut meminta gencatan senjata yang mampan.
Sekolah di bandar Bitung ditutup
Sekolah-sekolah ditutup di Bandar Bitung selepas abu dan hujan dari gunung berapi Ruang mencurah di Sulawesi Utara Indonesia.
Brazil dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia Wanita FIFA 2027
Brazil akan menjadi tuan rumah Piala Dunia Wanita Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2027 selepas undian di Kongres FIFA ke-74 pada Jumaat.
40 senator Thailand mohon pemecatan Srettha
Ketika rombakan Kabinet bulan lalu, senator itu membantah pelantikan bekas peguam, Pichit Cuenban, sebagai Menteri di pejabat Srettha.
Lelaki bakar rumah ibadat ditembak mati
Polis menembak mati seorang lelaki bersenjata yang membakar rumah ibadat di Rouen Perancis.
Bayaran dam dan korban melalui THiJARI diteruskan
Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan perkhidmatan bayaran dam dan korban melalui aplikasi THiJARI untuk musim haji tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya, bagi memudahkan bakal jemaah haji negara untuk melunaskan tanggungjawab masing-masing.
Singapura kutuk, nasihat warganya di Malaysia berhati-hati
Singapura mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram di Johor pada Jumaat, yang mengakibatkan kematian dua anggota polis dan mencederakan seorang lagi.
Pengajaran kepada kita, akibat fahaman radikal
Insiden yang menimpa dua anggota polis di Ulu Tiram patut dijadikan sebagai pengajaran akibat bila berfahaman radikal.
KJ beri gambaran tak cepat kembali ke dunia politik, jika mampu bertahan
Khairy Jamaluddin berkongsi pengalaman dalam program Ayuh Johor, termasuk melibatkan kejayaan ketika menggalas tugas sebagai menteri sehingga kekalahannya dalam Pilihan Raya Umum Ke-15, yang lalu.
Akhyar Rashid kembali jalani latihan ringan di padang
Pemain berusia 25 tahun itu mula menjalani latihan ringan setelah berehat selama dua minggu akibat kecederaan dialaminya.
KL City congak strategi tanpa kelibat Kamal Azizi
Pemain pertahanan kelahiran Kuala Berang, Terengganu itu mengalami kecederaan ketika KL City terikat 1-1 bertemu Kuching City FC pada Ahad.
Liga Super: Tangan Kamal Azizi patah terkena bola sepakan pemain Kuching City
Kamal dikeluarkan seawal minit pertama perlawanan selepas bola sepakan pemain pertahanan Kuching City terkena tangan kanannya.
Liga Super: Steinbruckner tak puas hati prestasi TFC
Ketua Jurulatih TFC Tomislav Steinbruckner menganggap anak buahnya tidak mencapai tahap diharapkan, meskipun meraih kemenangan 3-1 ke atas Perak FC.
Machado, Saddil mungkin terlepas aksi pertama Liga Super - Kim Swee
Dua pemain import Sabah FC iaitu Ramon Machado dan Saddil Ramdani mungkin terlepas aksi pertama Liga Super menentang Penang FC.
Liga Super: Usah terburu-buru kejar sasaran - Kim Swee
Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee enggan anak buahnya terburu-buru dan mengejar sasaran tidak realistik pada awal fasa Liga Super musim ini.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
Kedah selamat, kekal beraksi dalam saingan Liga Super
Kedah Darul Aman FC berjaya menyelesaikan tunggakan gaji bagi tahun 2023 sekali gus dibenarkan beraksi dalam saingan Liga Super musim ini.
Perak tagih sentuhan penyerang import perkuat jentera serangan
Ia cabaran yang perlu dihadapi pemain import itu memandangkan tempoh yang ada untuk melakukan persediaan berbaki kurang tiga minggu.
KDA FC mohon penyokong bantu pasukan
Katanya, setakat 3 petang semalam, pihak pengurusan berjaya mengumpul 90 peratus daripada dana yang diperlukan.