Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menamakan sebuah kapal peronda pesisir, yang merupakan aset terbaharu Agensi Penguatkuasaan Maritim (APMM), sebagai KM Pekan.
"Bismillahirahmanirahim...saya namakan kapal maritim ini KM Pekan. Semoga Allah merahmatinya...Amin Ya Rabal Alamin," kata beliau ketika berucap pada majlis penamaan aset APMM itu sempena Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2017 (LIMA '17) di sini.
Turut hadir Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein serta Timbalan Menteri Infrastruktur Darat, Pengangkutan dan Pelancongan Jepun, Tanaka Ryosei selaku wakil Kerajaan Jepun.
Sementara itu, Ketua Pengarah APMM Laksamana Maritim Datuk Seri Ahmad Puzi Ab Kahar berkata KM Pekan merupakan satu daripada dua kapal peronda pesisir yang dihadiahkan Kerajaan Jepun kepada APMM pada 2016.
"Kita juga telah menghantar sepasukan kru kita ke Jepun untuk membawa pulang sebuah lagi kapal sama seperti KM Pekan...ia akan tiba bulan depan," katanya.
Ahmad Puzi berkata di samping menghadiahkan kapal peronda itu, Kerajaan Jepun turut menawarkan bantuan berjumlah RM30 juta bagi menaik taraf kemudahan kapal-kapal berkenaan.
"Kita akan naik taraf kapal ini dengan kemudahan termasuk radar yang sesuai dengan keperluan operasi di perairan negara ini," katanya.
KM Pekan, yang sepanjang 92 meter, mempunyai kelajuan 20 knot serta dilengkapi tapak pendaratan helikopter dan radar terkini.
Kapal itu mampu melaksanakan operasi dan rondaan laut selama 30 hari di Laut Cina Selatan dan Pantai Timur Sabah selain menguat kuasa undang-undang dan melaksanakan misi di kawasan tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 21 2017
Kapal KM Pekan milik Agensi Penguatkuasaan Maritim (APMM) dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2017 (LIMA'17) edisi ke-14, hari ini. - Foto Bernama
Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM dirujuk AGC
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam kenyataan bertulis di Parlimen berkata, AGC kemudiannya telah menyerahkannya kembali kepada pihak polis bagi siasatan lanjut.
KWSP lancar Panduan Belanjawanku 2024/2025 dan rangka kerja RIA
Panduan dan rangka kerja ini bertujuan menyediakan panduan komprehensif untuk perbelanjaan bulanan serta mengemaskini tahap simpanan.
AWANI Ringkas: Peguan Negara tarik semula rayuan terhadap pembebasan Zahid Hamidi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM14.6 bilion dipindah kepada Akaun Fleksibel KWSP - Amir Hamzah
Sejumlah RM6.6 bilion simpanan pula telah dipindahkan ke Akaun Persaraan.
Usaha kerajaan dalam mempertingkatkan lagi EIA untuk lebih berkesan
Menurut Menteri NRES, Nik Nazmi, antara penambahbaikan kerajaan untuk penilaian kesan kepada alam sekeliling (EIA) untuk lebih efektif, memperkukuh keperluan perundangan berkaitan EIA dan tadbir urus dalam penilaian laporan EIA, memperkasa prosedur penilaian EIA, pendigitalan EIA, pengukuhan libat urus awam dan pemantapan penguatkuasaan EIA.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Perancis umum pengunduran tenteranya dari Chad
Perancis memulakan pengunduran tenteranya dari Chad dengan perlepasan dua pesawat perang yang berpangkalan di ibu negaranya N'Djamena.
Menurut tentera Perancis, tindakan itu dilakukan dua minggu selepas Chad menamatkan pakatan kerjasama pertahanannya dengan Paris.
Menurut tentera Perancis, tindakan itu dilakukan dua minggu selepas Chad menamatkan pakatan kerjasama pertahanannya dengan Paris.
Perhimpunan Agung PBB tuntut gencatan senjata segera dan tanpa syarat di Gaza
Resolusi yang turut menekankan keperluan akses kemanusiaan segera, diluluskan dengan sokongan 158 undi, sembilan undi menentang dan 13 berkecuali.
Banjir: Kos keseluruhan baiki jalan rosak dianggarkan RM312.1 juta setakat semalam - Nanta
Ia merangkumi RM247 juta bagi menyelenggara jalan Persekutuan, RM40.3 juta untuk pembaikan cerun jalan Persekutuan, manakala jalan negeri melibatkan kos RM24.8 juta.
Batu Puteh: Keputusan tidak teruskan semakan dan tafsiran dibuat tanpa rujuk Jemaah Menteri
Keputusan dibuat Dr Mahathir pada 21 Mei 2018 secara bertulis kepada Peguam Cara Negara, tanpa merujuk kepada Jemaah Menteri dan dimaklumkan kepada pihak Singapura pada pagi 23 Mei 2018.
Final Jelajah Dunia BWF: 'Hidung berdarah' tak halang Tang Jie-Ee Wei atasi wakil Indonesia
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, meneruskan rentak kemenangan dalam saingan kumpulan B Final Jelajah Dunia BWF 2024.
APMM Terengganu tubuh Skuad Bantuan Banjir
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menubuhkan tiga Skuad Bantuan Banjir pada musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
APMM Kelantan gagalkan cubaan seludup rokok putih bernilai lebih RM200,000
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan menumpaskan cubaan menyeludup 790,000 batang rokok putih dianggarkan bernilai RM280,000 di Tumpat dan Kota Bharu.
Indonesia-Malaysia bekerjasama hantar pulang nelayan yang ditahan
Nelayan itu ditahan pada Sabtu, kira-kira 49 batu nautika di luar pantai Tanjung Payung, selepas memasuki perairan wilayah Malaysia.
Tujuh nelayan ditahan positif dadah
Menghilangkan tekanan ketika berada di laut dan untuk menambah tenaga ketika bekerja antara alasan diberi tujuh nelayan yang ditahan selepas didapati positif dadah dalam operasi di Jeti LKIM, Besut.
Peruntukan RM675 juta bakal perkukuh keupayaan APMM pantau keselamatan negara
Peruntukan RM675 juta kepada APMM menerusi Belanjawan 2025 bakal memperkukuhkan lagi keupayaan agensi itu dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab menjaga keselamatan negara.
APMM gagalkan cubaan seludup satu tan daun ketum
APMM Zon Maritim Kuala Perlis menggagalkan cubaan menyeludup keluar kira-kira satu tan daun ketum bernilai RM50,000 di kedudukan 0.4 batu nautika timur laut muara Kuala Sanglang, Kuala Perlis.
Belanjawan 2025: Perolehan kapal baharu APMM mampu tingkat keupayaan jaga perairan negara
Pengumuman peruntukan pembelian tiga kapal baharu bagi APMM dalam Belanjawan 2025 dilihat tepat pada masanya.
Bernama serah sumbangan kepada keluarga Allahyarham Ahmad Hafiz Azhar
Sumbangan tersebut disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Nur-ul Afida Kamaludin di kediaman Allahyarham.
APMM ucap takziah atas pemergian Editor Video Astro AWANI
APMM dalam kenyataan di laman Facebooknya memaklumkan, Allahyarham yang berusia 36 tahun merupakan Pegawai Pasukan Sukarelawan agensi itu.
Lelaki jatuh bot ditemukan lemas
Seorang lelaki yang dilaporkan hilang semalam selepas dipercayai terjatuh dari bot, ditemukan lemas di perairan Tanjung Piandang, Kerian, hari ini.