LANGKAWI: Penganjuran Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA '23) selama lima hari bermula semalam membuka peluang kepada Institut Pengajian Tinggi (IPT) tempatan meneroka bidang baharu Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata tawaran kursus dalam bidang baharu dijangka mampu meluaskan potensi graduan lepasan TVET untuk memenuhi keperluan tenaga kerja dalam negara.
"LIMA '23 ada beberapa peluang untuk digali bagi pelajar-pelajar TVET dan saya meminta UniKL (Universiti Kuala Lumpur) dan Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) untuk teroka kursus-kursus yang diperlukan di dalam negeri atau luar negeri untuk pelajar TVET kita.
"LIMA '23 adalah satu platform yang baik untuk TVET kerana terdapat 1,291 (institusi TVET), kerajaan membelanjakan RM6.8 bilion dan saya fikir keberkesanan kos perlu dibuat untuk menentukan bahawa pelajar-pelajar ini dapat masuk bidang mengikut kebolehpasaran dan juga bagi memenuhi guna tenaga penuh di negara kita," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis menandatangani Surat Niat (LoI) antara Aerostar Technologies (M) Sdn Bhd dan Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Aviation Technology (UniKL MIAT) bagi program pembaikan struktur pesawat di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), di sini hari ini.
LoI itu ditandatangani Pengarah Eksekutif Aerostar Technologies Mejar (B) Afzal Hakimi Shaari dan Presiden UniKL Datuk Dr Roziah Omar.
Mengenai kerjasama Aerostar Technologies dan UniKL MIAT, Ahmad Zahid berkata ia memberi peluang kepada pelajar universiti itu mempelajari perkhidmatan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) pesawat dan jet pejuang di negara ini.
"Pelajar yang telah mengikuti kursus di MIAT ini 98 daripada mereka telah bekerja di luar negara dan tiga daripada mereka adalah pelajar lepasan maahad tahfiz yang telah menjadi jurutera dalam bidang penerbangan dan kali ini peluang yang terbaik adalah kerjasama antara pemain industri dengan pihak UniKL.
"Kita tahu UniKL adalah sebuah universiti TVET...ini merupakan langkah pertama kerana kita tahu bahawa ada pesawat pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang harus dinaikkan taraf dan penaiktarafan ini adalah penting untuk pemindahan teknologi dan pemindahan pengetahuan kepada anak-anak tempatan," katanya.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah yakin pengalaman yang diperoleh pelajar TVET menerusi kerjasama dengan pengeluar jet pejuang dan pesawat sama ada dalam mahupun luar negara dapat membantu mereka menjadi usahawan dalam bidang MRO di peringkat antarabangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 24 2023

Ahmad Zahid (tengah) menyaksikan majlis pertukaran dokumen di antara Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Universiti Kuala Lumpur Datuk Dr Roziah Omar (dua, kanan) dengan Pengerusi Eksekutif Bats Aviation, Hazlee Jehan hari ini. - Foto Bernama
Kumpulan pendatang Protes dasar imigresen Trump
Kumpulan penunjuk perasaan berkumpul di luar Kelab Golf Antarabangsa Trump pada Sabtu bagi membantah dasar imigresen Presiden Donald Trump.
Pelancongan: Indonesia catat pertumbuhan ketara pada 2024
Indonesia menerima ketibaan 13.9 juta pelancong asing pada 2024, mencatat peningkatan ketara berbanding 11.68 juta pelawat pada 2023.
Gegar Vaganza 11: Siapa bakal julang gelaran juara?
Malam ini bakal jadi penentu siapa yang bakal menjulang gelaran juara Gegar Vaganza 11.
Dua pelumba muda Malaysia cipta nama di Qatar
Saidatul Zakirah Zairin dan Johann Zharfan Zahren mengharumkan nama Malaysia di pentas perlumbaan motosikal antarabangsa dengan pencapaian luar biasa di Qatar.

Melaka peruntuk RM2.5 juta kepada 5,812 penerima bantuan masyarakat Tionghua
Sumbangan khas berjumlah RM200,000 juga disalurkan menerusi Tabung Amanah Kebajikan Negeri Melaka kepada 1,000 penerima yang layak.
TUDM beri penekanan warganya kuasai teknologi AI
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) memberi penekanan terhadap inovasi dan kreativiti warganya dengan penguasaan kemahiran baharu berasaskan teknologi khususnya kecerdasan buatan (AI).
Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon
Jelasnya dalam satu kenyataan, Peraturan ini menetapkan bahawa ahli tidak boleh membahaskan perkara yang sedang diadili atau subjudis dengan cara yang boleh menjejaskan kepentingan pihak-pihak yang terlibat dalam kes berkenaan.
Insiden tembak Setia Alam: Pekerja pembersihan cedera bahagian kaki
Polis percaya sekurang-kurangnya lapan das tembakan telah dilepaskan suspek terhadap mangsa menggunakan pistol.

Insiden tembakan Setia Alam: Polis sudah kenal pasti suspek
Polis dalam usaha mengesan dan menangkap suspek yang juga mempunyai 11 rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.

ACLE: AFC anggap cipta impak besar, Arif Aiman kekal rendah diri
Pemain sayap lincah berkenaan memilih untuk merendah diri dan memberikan kredit penuh buat pasukannya.

Pembinaan LCS dijangka disambung semula bulan depan - Panglima TLDM
Pembinaan itu diteruskan selepas kontrak tambahan keenam projek tersebut ditandatangani pada Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA 2023) di Langkawi, Mei lepas.

LIMA '23: 43 perjanjian berjumlah lebih RM10.1 bilion dimeterai Kementerian Pertahanan
Sejumlah 43 kontrak bernilai RM10.128 bilion dimuktamadkan oleh Kementerian Pertahanan semasa Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA '23) sehingga kini merangkumi 20 dokumen

'Langkawi ini Kedah punya bos' - Sanusi
Kehadiran Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor ke majlis pembukaan Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA '23) mencuri tumpuan.

Anwar harap LIMA '23 perkukuh Malaysia sebagai hab serantau industri aeroangkasa, maritim
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan harapan agar LIMA '23 akan mengukuhkan Malaysia sebagai hab serantau bagi industri aeroangkasa dan maritim.

Kerajaan dalam usaha peroleh sistem UASTM - Loke
Kerajaan dalam proses untuk memperoleh Sistem Pengurusan Trafik Pesawat Tanpa Pemandu (UASTM), kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

LIMA '23 buka peluang IPT tempatan teroka bidang baharu TVET
Penganjuran LIMA '23 selama lima hari bermula semalam membuka peluang kepada Institut Pengajian Tinggi (IPT) tempatan meneroka bidang baharu Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

PM Anwar melawat LIMA '23 di MIEC
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan lawatan ke Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA '23) di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC).

LIMA 2023 jangka capai janji niaga RM18 bilion - Mohamad
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA '23) yang akan berlangsung esok hingga 27 Mei ini dijangka mampu mencapai janji niaga sehingga RM18 bilion.

40 pegawai KPDN dihantar, pantau harga barang di LIMA 2023 - Salahuddin
KPDN akan menghantar kira-kira 40 pegawainya ke LIMA 2023 bagi memastikan isu kenaikan harga tidak berlaku.

Guna pengangkutan awam sebagai alternatif untuk ke LIMA'23
Orang ramai digalakkan menggunakan pengangkutan awam untuk hadir ke Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA'23) yang akan berlangsung pada 23 hingga 27 Mei ini.