KUALA LUMPUR: Kehadiran lipas di dalam rumah ternyata amat mengganggu isi rumah. Tetapi jangan khuatir kerana anda boleh mengusir lipas dengan menyebarkan aroma tertentu.
Selain tikus, lipas juga merupakan salah satu hidupan yang menyebarkan pelbagai patogen. Lipas boleh menyebarkan bakteria secara tidak langsung melalui makanan dan permukaan yang disentuh.
Sebagai contoh, bakteria Salmonella, Staphylococcus, Streptococcus, E-coli, Pseudomonas aeruginosa, dan Klebsiella pneumoniae.
Makanan yang tercemar dengan bakteria Salmonella boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti cirit-birit.
Berikut merupakan cara semulajadi untuk mengusir lipas adalah dengan menyebarkan aroma tertentu!
1) Lavender
Aroma lavender mampu memberikan kesan tenang kepada manusia tetapi tidak kepada lipas. Memetik laporan A-Z Animals, lipas amat benci dengan bau lavender.
Oleh itu, menanam pokok lavender di halaman rumah atau mencampurkan minyak pati lavender dengan air seterusnya semburkan di seluruh kawasan rumah merupakan idea yang tepat.
2) Pudina
Daun pudina mengandungi kepekatan mentol sekali gus boleh membunuh lipas. Untuk hasil terbaik, campurkan minyak pudina dengan air. Gunakan campuran ini untuk disembur di seluruh kawasan rumah.
3) Serai
Serai paling mudah didapati malah ia antara bahan kegunaan seharian dalam masakan. Tidak hanya itu, pelbagai produk berasaskan serai juga banyak dihasilkan termasuk sebagai penghalau lipas.
4) Daun salam
Bukan sahaja digunakan dalam masakan, daun salam juga turut digunakan untuk menghasilkan pati haruman dan wangian.
Aromanya bukan hanya mampu menghalau lalat malah lipas juga tidak gemar dengan baunya. Caranya mudah, hancurkan daun salam dan simpan dalam mangkuk. Letakkan mangkuk ini di kawasan yang sering dilalui lipas.
5) Catnip
Pokok Catnip digemari oleh kucing namun ditakuti lipas. Menurut kajian, pokok ini menghasilkan minyak yang dipanggil Nepetalactone yang dikatakan lebih efektif daripada racun serangga.
Anda hanya perlu rebus daun catnip selama 10 minit. Biarkan dingin sebelum air rebusannya dimasukkan ke dalam botol penyembur. Selepas itu, semburkan di kawasan lipas berkumpul.
Astro Awani
Mon Jul 17 2023
Aroma lavender mampu memberikan kesan tenang kepada manusia tetapi tidak kepada lipas. Memetik laporan A-Z Animals, lipas amat benci dengan aroma lavender. - Gambar hiasan
Guna MRE, TH perkemas sistem pengurusan makanan
TH memutuskan untuk memperkemaskan sistem pengurusan makanan untuk jemaah semasa Masyair dengan memilih mengedarkan sajian pek makanan sedia dimakan, MRE disebabkan beberapa kelebihan MRE itu sendiri di mana antaranya berupaya mengurangkan bebanan ditanggung penyedia makanan serta tukang masak.
China pertahan latihan ketenteraan di sekitar Taiwan
China sebelum ini mendakwa Taiwan adalah sebagai sebahagian daripada wilayahnya dan menggelar Lai sebagai 'pemisah berbahaya' yang akan membawa 'perang dan kemerosotan' ke pulau itu.
Rusia tahan seorang lagi Leftenan Jeneral
Agensi berita TASS yang dikendalikan kerajaan melaporkan Mahkamah tentera pada Rabu memerintahkan Shamarin, dipenjarakan selama dua bulan.
Beberapa penumpang cedera perlu jalani pembedahan tulang belakang
Pengarah Hospital Samitivej Srinakarin, Dr Adinun Kittiratanapaibool berkata masih terlalu awal untuk menyatakan sama ada pesakit akan lumpuh kekal.
Mahkamah Perlembagaan Thailand terima petisyen pecat Srettha
Barisan hakim mengundi dengan keputusan enam menyokong dan tiga menentang, untuk menerima petisyen berkenaan serta memberi tempoh 15 hari bagi Srettha respons kepada kes itu.
Ribuan berarak, beri penghormatan kepada Ebrahim Raisi
Penghormatan terakhir diberikan kepada Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya yang maut dalam nahas helikopter di barat laut Iran.
Suara Rakyat: Para nelayan harap tidak beri kesan kepada komuniti maritim
Rasionalisasi subsidi yang akan dilaksanakan kerajaan diharap tidak memberi kesan kepada para nelayan.
1 pekerja maut, 2 di ICU selepas terhidu gas beracun di loji rawatan air Singapura
Siasatan awal menunjukkan pekerja asing tersebut telah terhidu hidrogen sulfida, gas yang dihasilkan daripada enap cemar, iaitu sisa daripada proses rawatan air.
Pendidikan TVET, industri halal Malaysia-Hong Kong digiatkan
Hong Kong bersedia berkongsi kepakaran dalam pendidikan teknikal dan vokasional dengan Malaysia.
Tidak timbul isu lewat selesai skolah daif, pelaksanaan ikut giliran dan jadual
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menegaskan tidak timbul isu lewat naik taraf sekolah daif kerana ia dilaksanakan mengikut giliran dan jadual ditetapkan kerajaan.
Lipas melekat luar tingkap kapal terbang
Rakaman kejadian luar biasa itu mencetuskan perbincangan hangat di media sosial.
Najis tikus, lipas berkeliaran 9 premis diarah tutup
15 premis makanan telah diperiksa dan sembilan daripadanya telah diarahkan tutup di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983.
Kilang proses pastri kotor diarah tutup - DBKL
Tindakan penguatkuasaan juga dikenakan terhadap premis tersebut di bawah Undang-undang Kecil 25(1)(C) Akta Makanan 1983 kerana terdapat lipas dan najis tikus di ruang stor.
Najis, bangkai tikus ditemui di dapur restoran di P. Pinang
Daripada enam premis yang diperiksa, tiga premis diarahkan tutup selama 14 hari, manakala tujuh kompaun telah dikeluarkan sepanjang operasi empat jam itu.
Lipas semakin 'kebal' - Kajian
Kajian terhadap beberapa jenis lipas berbeza mendapati serangga itu kini semakin kebal dengan racun serangga.
Kilang makanan di Sandakan diarah tutup angkara lipas
Antara objektif operasi adalah memastikan industri pengilangan makanan mematuhi Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 dengan meningkatkan kesedaran dan tanggungjawab dalam penghasilan makanan.
Penduduk hubungi wakil rakyat, minta tolong keluarkan lipas dari premis
Apa tindakan anda jika menemui seekor lipas di mana-mana premis?
China dah ke depan, guna kecerdasan buatan untuk biakkan enam bilion lipas
Fasiliti itu meliputi sebuah bangunan beberapa tingkat di kawasan sebesar dua padang bola sepak.
Kerana seekor lipas, dapur meletup dan rumah hampir terbakar
Nasib seorang lelaki di Queensland, Australia yang cuba membunuh lipas dengan menggunakan semburan aerosol di dapur rumahnya.
Awas! Kemalangan di negara jiran ini terjadi disebabkan lipas!
Bahagian depan kereta itu mengalami kerosakan teruk selepas berlanggar dengan pagar di tangga jejantas.