awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
18 maut dalam letupan dinamit di India
Ringgit dibuka rendah didorong risiko geopolitik mereda tingkatkan dolar AS
Jelajah kemanusiaan Rizalman sentuh jiwa, beri harapan dan melunas amanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lipas semakin 'kebal' - Kajian

Agensi
Agensi
04/07/2019
22:33 MYT
Lipas semakin 'kebal' - Kajian
seekor lipas betina boleh menghasilkan 200 hingga 300 telur dalam jangka hayatnya. - Foto www.mamamia.com.au
INI berita buruk bagi anda yang takut atau geli dengan lipas.
Sekumpulan saintis dari Universiti Purdue, Amerika Syarikat, yang menjalankan kajian terhadap beberapa jenis lipas berbeza mendapati serangga itu kini semakin kebal dengan racun serangga.
Menerusi kajian tersebut, lipas kini bukan sahaja memiliki daya tahan terhadap racun serangga tetapi juga 'mewariskan' daya tahan tersebut kepada anak-anaknya, lapor CNN.
"Lipas kini mempunyai ketahanan terhadap pelbagai kelas racun serangga, sekaligus akan membuat kawalan perosak ini hampir mustahil jika hanya menggunakan bahan kimia," kata ketua saintis, Michael Scharf.
Tambah Scharf, daya tahan dalam satu generasi lipas boleh meningkat sehingga empat atau enam kali ganda. Dengan fakta seekor lipas betina boleh menghasilkan 200 hingga 300 telur dalam jangka hayatnya, ia boleh membawa masalah besar kepada manusia.
Masalah ini akan menjadi lebih buruk di kawasan perumahan kos rendah dan tempat-tempat di mana kawalan serangga yang berkesan tidak disediakan.
Scharf dan pasukannya mencadangkan agar kaedah pemusnahan serangga perosak dipelbagaikan.
Ini boleh termasuk kaedah fizikal seperti memasang perangkap, dan langkah pencegahan seperti sanitasi.
Topic Berkaitan
#daya tahan
#kawalan
#lipas
#racun serangga
#saintis
#sanitasi
#serangga perosak
#Universiti Purdue
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan