KUALA LANGAT: Lima lelaki diberkas pada Khamis bagi membantu siasatan berhubung kes pergaduhan di padang bola sepak di Saujana Putra dekat sini.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor berkata, kesemua suspek berusia lingkungan 20 hingga 25 tahun itu ditahan kira-kira jam 2 pagi di sekitar Banting.
Menurutnya, polis turut merampas lima telefon bimbit berserta kad sim untuk siasatan lanjut.
"Kesemua tangkapan telah direman selama sehari untuk siasatan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabit kesalahan.
"Pihak polis juga telah mengenal pasti beberapa individu yang terlibat dan usaha mengesan mereka sedang giat dijalankan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Ahmad Ridhwan berkata, siasatan mendapati pergaduhan itu berpunca akibat pasukan lawan yang tidak berpuas hati dengan keputusan perlawanan.
Katanya, tangkapan itu dilakukan susulan laporan polis dibuat seorang lelaki berusia 23 tahun pada jam 12.30 tengah malam Rabu lalu yang mendakwa telah dipukul semasa pergaduhan terbabit.
Video kejadian itu turut tular di media sosial menerusi satu rakaman berdurasi 58 saat. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Nov 06 2022
Lima lelaki ditahan pada Khamis di sekitar Banting bagi membantu siasatan kes pergaduhan di padang bola sepak di Saujana Putra, Kuala Langat. (Gambar kecil: Ahmad Ridhwan) - Foto Sinar Harian
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Lima diberkas kes gaduh di padang bola
Kesemua suspek berusia lingkungan 20 hingga 25 tahun itu ditahan kira-kira jam 2 pagi di sekitar Banting.