KOTA BHARU: Polis menahan lima individu bagi membantu siasatan berhubung kes laporan palsu mengenai penemuan bayi dan penjualan bayi kepada pihak ketiga.
Ketua Polis Daerah Machang Supt Mohd Adli Mat Daud berkata pada mulanya pihaknya menerima laporan dibuat pasangan suami isteri, mengenai penemuan seorang bayi perempuan berusia 14 hari dalam sebuah beg pada Selasa (24 Okt).
Beliau berkata pasangan suami isteri berusia berusia 40 dan 43 tahun tahun itu mendakwa, menemukan bayi tersebut bersama nota tulisan tangan tercatit pengakuan penyerahan anak secara sukarela tanpa nama penulis dan sehelai borang kelahiran Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu, Terengganu yang tidak lengkap.
"Siasatan telah dijalankan dan maklumat ibu bayi dikenal pasti. Tangkapan awal kedua ibu bapa bayi berumur 24 dan 26 tahun telah dibuat pada Rabu (25 Okt).
"Siasatan mendapati laporan awal yang dibuat oleh suami isteri tersebut palsu, hasil siasatan mendapati mereka telah mendapatkan bayi tersebut dari orang tengah, dengan sejumlah bayaran," katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.
Mohd Adli berkata semakan mendapati, bayi tersebut telah dilahirkan di HSNZ pada 5 Okt lalu.
"Disebabkan malu dan takut diketahui keluarga, kerana bayi dilahirkan dalam tempoh sebulan selepas berkahwin, ibu bapa bayi tersebut telah serahkan kepada pihak kedua untuk dijaga.
"Susulan itu polis telah menahan seorang lelaki berusia 43 tahun yang bertindak sebagai orang tengah, polis juga sedang mengesan rakan suspek itu, bagi membantu siasatan," katanya.
Mohd Adli berkata kes disiasat di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana telah membuat laporan palsu dan Seksyen 317 Kanun Keseksaan membabitkan kesalahan menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi.
"Kelima-lima suspek telah ditahan reman selama empat hari sehingga esok. Permohonan melanjutkan tahanan reman akan dibuat bagi melengkapkan siasatan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 27 2023
Siasatan mendapati laporan awal oleh suami isteri tersebut palsu, sebaliknya mereka telah mendapatkan bayi tersebut dari orang tengah. - Gambar hiasan
Kerajaan Pusat peruntuk RM1.59 bilion untuk pembangunan fizikal di Terengganu
Peruntukan tersebut melibatkan 99 projek baharu dan 296 projek sambungan di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di setiap daerah
Kerajaan Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di kesemua 11 daerah di negeri ini bagi menggalakkan kemasukan lebih banyak pelaburan asing khususnya dari China.
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Chegubard ditahan polis berkaitan hantaran mengenai kasino di Forest City
Chegubard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City pada Sabtu.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Universiti Malaya mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kenytaaan tidak bertanggungjawab Profesor Dr Bruce Gilley pada 24 April lalu.
Ketua keselamatan kedai serbaneka didakwa buat laporan palsu
Seorang ketua keselamatan kedai serbaneka didakwa di Mahkamah Majistret atas tuduhan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini, Februari lepas.
Lima ditahan bantu siasatan kes laporan palsu, penjualan bayi
Siasatan mendapati laporan awal oleh suami isteri tersebut palsu, sebaliknya mereka telah mendapatkan bayi tersebut dari orang tengah.
Dakwaan diperas ugut, anak diculik adalah laporan palsu - Polis
Kes tular membabitkan seorang suri rumah yang mendakwa dirinya diperas ugut selain anak lelakinya diculik di rumahnya di Bandar Sri Sendayan dua hari lepas, adalah laporan palsu.
Bunuh: Remaja tikam jantung abang selepas bertengkar ditahan
Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun dipercayai membunuh abangnya dengan menikam pada bahagian jantung selepas bertengkar di rumah mereka di Taman Mahkota, Kulim pada Isnin.
Wanita ditahan buat laporan palsu elak didenda kerana hilangkan MyKad
Suspek ditahan reman empat hari sehingga esok dan kes disiasat di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan.
Marah di balai polis, lelaki ditahan miliki video lucah
Polis menahan seorang lelaki kerana berkelakuan tidak sopan dan disyaki memiliki video lucah, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang, semalam.
Pemilik kedai aksesori kereta buat laporan palsu konon dipecah masuk
Lelaki berusia 39 tahun itu membuat laporan berhubung kejadian tersebut pada 1.09 tengah hari Jumaat lepas.
Penafian Astro AWANI tentang laporan berkaitan bekas ADUN Batang Kali
Imej yang meletakkan gambar dan nama bekas ADUN Batang Kali itu dipercayai dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Elak bayar hutang, pelajar kolej buat laporan palsu kononnya dirompak
Remaja berumur 19 tahun itu membuat laporan polis mendakwa dirinya dirompak tiga lelaki bersenjata di sekitar Petaling Jaya.
Pengadu kes Madrasah Darussolihin didakwa buat laporan polis palsu
Wanita berusia 45 tahun itu mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan itu yang didakwa di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan.