awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima ditahan terlibat pergaduhan, sebabkan kematian warga emas

Bernama
Bernama
25/10/2023
04:15 MYT
Lima ditahan terlibat pergaduhan, sebabkan kematian warga emas
Polis bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat daripada orang awam berhubung kejadian pada 6.45 petang. - Gambar hiasan
SIBU: Lima lelaki ditahan kerana terbabit dalam pergaduhan berkumpulan sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal warga emas, di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata pergaduhan bersenjata yang berlaku di Lorong Wong King Hou itu bermula dengan aksi kejar-mengejar sehingga kenderaan dinaiki satu daripada kumpulan terbabit melanggar sebuah motosikal di Jalan Alan.
Beliau berkata polis bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat daripada orang awam berhubung kejadian pada 6.45 petang.
"Sampai di tempat kejadian, polis mendapati dua kumpulan lelaki sedang bergaduh menggunakan dua bilah Kwantao iaitu sejenis senjata tradisional Cina berbentuk seperti tombak.
"Polis menahan lima lelaki yang berusia lingkungan 17 hingga 30 tahun, selain merampas dua kenderaan serta dua bilah senjata yang digunakan dan sebatang rotan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, siasatan awal mendapati pergaduhan berpunca daripada masalah hutang manakala ujian saringan air kencing mendapati kesemua suspek positif dadah jenis amphetamine, methamphetamine, ketamin, benzodiazepines dan morfin.
Zulkipli berkata kesemua suspek direman selama tiga hari sehingga 27 Okt bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunakan senjata serta Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kemalangan dan kematian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pergaduhan berkumpulan
#warga emas
#kematian
#motosikal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan