SANDAKAN:Seorang ibu yang bekerja sebagai penghantar makanan untuk mencari nafkah sehingga terbabit kemalangan di Jalan Lintas Labuk, di sini pada Rabu terpaksa menerima hakikat dia perlu menjalani kehidupan tanpa lima jari kaki kiri.
Doktor yang merawat mangsa Hapsah Pamma, 40, tidak mempunyai pilihan rawatan lain selain daripada membuang kelima-lima jarinya.
Menurut suaminya, Willie Anselmus atau Mohd Fauzi Abdullah, 47, dia dimaklumkan oleh doktor bahawa itu sahaja jalan terbaik yang boleh diberikan kepada isterinya yang dirempuh sebuah lori dari arah belakang ketika baru selesai menghantar pesanan.
“Saya tidak boleh buat apa-apa, doktor cakap begitu (potong lima jari kaki kiri), kaki sebelah kirinya sudah nampak tulang, ibu jari tu tidak lagi bersambung macam biasa, sudah putus… hendak disimen pun tidak bole, jadi kena potong lima jari kaki itu,” kata Willie kepada Astro AWANI ketika ditemui di Hospital Duchess of Kent (HDOK), di sini pada Khamis.
BACA: Ibu cari nafkah jadi penghantar makanan hancur kaki dirempuh lori
Menceritakan detik-detik malang yang menimpa isterinya itu, Willie yang juga seorang pengawal keselamatan berkata, ketika kejadian dia sedang tidur kerana penat bertugas pada waktu malam.
Menurutnya, dia terkejut ketika menerima panggilan yang memaklumkan isterinya terbabit kemalangan serta mengalami kecederaan parah menyebabkan dia segera bangun dari tempat tidur dan berkejar ke lokasi kejadian.
“Apabila sudah dibawa ke hospital saya dimaklumkan kaki isteri hancur dan semua jari kaki kirinya terpaksa dipotong,” ujarnya dalam nada sedih.
Kata Willie, dia dan isterinya terpaksa bekerja untuk menampung perbelanjaan kehidupan mereka apatah lagi sejak wabak COVID-19 melanda negara, apa lagi pendapatannya sebagai pengawal keselamatan setiap bulan hanya RM1,100.
Ekoran itu , isterinya memulakan kerjaya sebagai penghantar makanan sejak lapan bulan lalu.
Pasangan berkenaan mempunyai seorang anak lelaki yang masih bersekolah dalam darjah dua.
Willie berkata, isterinya kini sudah sedarkan diri dan berada dalam keadaan stabil.
Dalam kejadian pukul 10.30 pagi pada Rabu, motosikal yang ditunggang Hapsah dirempuh lori dari belakang menyebabkan kaki kirinya hancur.
Sekiranya orang ramai mahu menyampaikan sumbangan bolehlah menghubungi Willie Anselmus di talian 014-2020698.
Radhi Muslim
Thu Feb 04 2021
Hapsah Pamma terpaksa menerima hakikat lima jari kaki kirinya terpaksa dipotong ekoran kemalangan dirempuh sebuah lori pada Rabu. - Gambar PDRM
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Perak, Johor dan Pahang kekal
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
Lima jari kaki kiri Hapsah terpaksa dipotong
Seorang ibu yang bekerja sebagai penghantar makanan terpaksa terima hakikat lima jari kaki kirinya terpaksa dipotong.