KOTA BHARU: Lebih 50 rumah di lima kampung di mukim Pendek, Kota Bharu diganggu dengan ketukan misteri di pintu serta dinding rumah mereka sejak seminggu lalu.
Penduduk mendakwa ketukan serta dentuman yang kuat dikatakan berlaku hampir serentak pada awal pagi tetapi setelah disiasat, mereka tidak berjaya menemukan pelakunya.
Malah, menurut mereka, kesan ketukan juga tidak terdapat di permukaan dinding atau pintu meskipun bunyi tersebut dikatakan sangat kuat.
Lima kampung yang dikatakan mengalami 'kejadian misteri' itu ialah Kampung Belimbing, Tunjong, Pulau Gajah, Keling dan Lating.
Menurut seorang penduduk di Kampung Belimbing, Jasmi Awang Ahmad@Othman, 66, rumahnya diganggu dengan ketukan tersebut selama dua hari berturut-turut, sejak dua malam lalu.
"Bunyi ketukan yang kuat sebanyak enam kali, kali pertama saya bangun, tak tahu siapa yang ketuk. Buka pintu tetapi tiada sesiapa. Saya tutup pintu tetapi kemudian ketukan itu berbunyi lagi. Kali ini saya lihat jiran pun turut sama keluar," katanya.
Katanya, kejadian yang berlaku kira-kira jam 1.40 pagi dua malam lalu itu menyebabkan dia sekeluarga terkejut dan berada dalam ketakutan.
Menurut Jasmi, kejadian yang sama turut berulang pada malam seterusnya dan juga pada waktu yang sama.
Katanya, penduduk cuba untuk menunggu antara satu hingga dua jam selepas mendengar bunyi ketukan, namun tetap gagal mengenal pasti pelakunya.
Seorang lagi penduduk kampung, Tuan Mansor Tuan Kechik, 64, berkata, dia sekeluarga menerima gangguan ketukan pintu bertalu-talu pada malam Selasa lalu.
Pada mulanya dia menyangkakan bahawa itu adalah anaknya yang baru pulang ke rumah selepas keluar memancing.
Curiga dengan keadaan itu, dia cuba mengintai menerusi tingkap namun tidak melihat kelibat sesiapa di luar.
"Saya ingat anak balik. Isteri buka pintu tetapi tiada sesiapa. Jenguk keluar tingkap pun tak nampak sesiapa. Apabila saya keluar berjumpa orang kampung, rupa-rupanya mereka juga mengalami perkara sama," katanya.
"Memang misteri, sebab ia berlaku serentak di beberapa buah rumah, dan secara berturut-turut. Jadi orang kampung sepakat dengan pihak rukun tetangga dan sukarelawan untuk bekerjasama jaga kampung," ujar seorang lagi penduduk, Wan Azizi Wan Abdul Ghani.
Katanya lagi kejadian itu tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa kerana tidak mengesyaki ia berkaitan dengan kejadian jenayah sebaliknya bertanyakan kepada seorang ustaz yang memberitahu ia ada kaitan dengan kejadian mistik.
Astro Awani
Thu Jul 21 2022
Lebih 50 rumah di lima kampung di mukim Pendek, Kota Bharu diganggu dengan ketukan misteri di pintu serta dinding rumah mereka sejak seminggu lalu. - Astro AWANI
Tiga warga Bangladesh dipercayai dalang utama sindiket pemerdagangan manusia ditahan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan tiga lelaki dan seorang wanita warga Bangladesh dipercayai menjadi dalang utama sindiket pemerdagangan manusia yang berpusat di ibu negara.
AWANI 7:45 [14/12/2024] – Kecuaian kritikal | Laporan lengkap minggu depan | Tengku Zafrul belum jumpa
Laporan berita padat dan ringkas AWANI 745 bersama Luqman Hariz
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
AWANI Ringkas: Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 14 Disember 2024
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
Agenda AWANI Asia: Pemeliharaan Warisan Budaya Tidak Ketara
Apakah usaha signifikan melindungi warisan budaya tidak ketara? Bagaimana jaringan kerjasama dapat dilakukan demi meningkatkan kesedaran untuk memelihara warisan budaya serantau? Ikuti diskusi dan analisis dalam Agenda AWANI Asia 9 malam ini.
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Lima kampung diganggu ketukan misteri 1 pagi
Lebih 50 rumah di lima kampung di mukim Pendek, Kota Bharu diganggu dengan ketukan misteri di pintu serta dinding rumah mereka sejak seminggu lalu.
Ketukan misteri kembali ganggu penduduk
Penduduk di Kampung Kelongkong di Tanjung Kling hidup ketakutan susulan misteri ketukan pintu tanpa salam kembali berlaku sejak seminggu lalu.