awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima kedai makan musnah dalam kebakaran di PPR Kota Damansara

Bernama
Bernama
19/09/2025
14:10 MYT
Lima kedai makan musnah dalam kebakaran di PPR Kota Damansara
Lima kedai makan musnah dalam kebakaran di Blok C, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Gugusan Kesumbar, Jalan Pekaka 8/1, Kota Damansara, petang tadi. - Foto JBPM Selangor/via Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Lima kedai makan musnah dalam kebakaran di Blok C, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Gugusan Kesumbar, Jalan Pekaka 8/1, Kota Damansara, Petaling Jaya, dekat sini petang tadi.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 6.06 petang.
"Jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh digerakkan ke lokasi sebelum api berjaya dikawal pada pukul 6.24 petang," katanya dalam kenyataan malam ini.
Beliau berkata, kebakaran membabitkan lima kedai makan berkeluasan kira-kira 50x50 kaki persegi dengan anggaran kemusnahan 100 peratus.
"Kebakaran turut memusnahkan lima kenderaan iaitu sebuah Proton Saga (20 peratus), sebuah Proton Wira (60 peratus) serta tiga motosikal (50 peratus setiap satu). Tiada mangsa dilaporkan terbabit," katanya.
Ahmad Mukhlis berkata operasi pemadaman membabitkan 28 anggota dari BBP Damansara, BBP Petaling Jaya dan BBP Hartamas, serta penggunaan tiga jentera Fire Rescue Tender (FRT), tiga Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS), tiga Rapid Intervention Motorcycle (RIM) dan sebuah jentera tangki air.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kebakaran
#PPR Gugusan Kesumbar
#Kota Damansara
#JBPM Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan