awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Gangguan trafik sempena AMM ke-58, dijangka bermula Jumaat ini
MALAYSIA
Lebih 5,000 senjata api tiruan dirampas dalam serbuan di tiga negeri
MALAYSIA
P.Pinang lancar Silicon Research & Incubation Space pacu industri reka bentuk litar bersepadu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

Lima lagi individu ditahan disyaki terlibat LTTE

Hakim Rahman
Hakim Rahman
12/10/2019
13:17 MYT
Lima lagi individu ditahan disyaki terlibat LTTE
Satu sidang media akan diadakan pada 10.30 pagi esok di Bukit Aman berhubung penahanan individu berkenaan. - Gambar hiasan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan lima lagi individu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) dalam satu operasi khas di beberapa negeri hari ini.
Menurut sumber, Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman menahan dua suspek di Melaka, dua lagi di Pulau Pinang dan seorang di Selangor.
"Ya, ada tangkapan terbaharu berkaitan LTTE dibuat hari ini. Tangkapan ini merupakan susulan daripada penahanan tujuh individu sebelum ini.
“Butiran lanjut berhubung penahanan mereka itu akan dimaklumkan dalam satu sidang media esok," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.
Sementara itu, satu sidang media akan diadakan pada 10.30 pagi esok di Bukit Aman berhubung penahanan individu berkenaan.
Sebelum ini PDRM menahan tujuh individu termasuk dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Negeri Sembilan dan Melaka ditahan kerana disyaki terbabit dengan perjuangan kumpulan pengganas LTTE.
Semua yang ditahan sebelum ini dipercayai mempromosi, menyokong, menghasut dan mencari dana untuk menghidupkan kembali kumpulan pengganas LTTE dengan menjadikan Malaysia sebagai pangkalan.
Mereka ditahan di Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Perak dan Kedah dalam operasi khas bermula 9 pagi hingga 2 petang pada Khamis lalu.
Topic Berkaitan
#Bahagian Anti Pengganas
#Cawangan Khas Bukit Aman
#E8
#LTTE
#PDRM
#polis
#tangkapan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami