KUALA LUMPUR:Sumbangan sejumlah RM750,000 yang dikumpul menerusi perlawanan skuasy amal Battle of the Bulge diserahkan kepada lima pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang aktif membantu golongan kurang berkemampuan sejak pandemik COVID-19.
Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata, sumbangan yang diterima daripada 28 syarikat korporat itu dijangka dapat menyediakan 125,000 bekalan makanan untuk lebih 1,000 keluarga untuk satu tempoh.
"Ia adalah sebahagian daripada usaha murni bagi meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai keperitan yang dilalui sesetengah golongan ketika berdepan dengan pandemik.
"Ada yang saban hari terpaksa mencatu makanan bahkan ada tidak cukup makan berikutan penularan COVID-19.
"Menyedari kesukaran dihadapi masyarakat inilah, kami tergerak untuk mengumpulkan dana ini," katanya selepas menyerahkan replika cek kepada lima NGO di sini, pada Jumaat.
Lima NGO itu adalah PERTIWI Soup Kitchen, Kechara Soup Kitchen, Good Shepherd Services, Yayasan Chow Kit dan Malaysian Relief Agency (MRA).
Perlawanan skuasy amal yang pada awalnya dijadualkan diadakan pada 18 Oktober lalu di Bukit Jalili antara Tony Fernandes dan hartawan hartanah, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din terpaksa ditunda dua kali akibat pelaksanan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Mengulas lanjut Tony berkata, perlawanan amal itu akan dijadualkan semula pada awal tahun hadapan.
Sementara itu, Pengerusi ECM Libra, Datuk Seri Kalimullah Hassan berkata, inisiatif untuk mengumpul dana sebanyak RM750,000 adalah salah satu daripada usaha yang dijalankan bersama Yayasan ECM Libra dalam membantu orang ramai ketika penularan COVID-19.
"Pada fasa pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bulan Mac lalu, kami memberi sumbangan untuk pembelian mesin ventilator, bekalan pelitup muka, cecair pembasmi kuman dan menyediakan penginapan di hotel kepada barisan hadapan.
"Kami juga telah memberi sumbangan berupa makanan dapur kepada lebih 1,6000 keluarga sejak sembilan bulan lalu. Yayasan kami juga setakat ini membelanjakan lebih RM3 juta untuk membantu golongan gelandangan , Orang Asli dan penghuni Projek Perumahan Rakyat (PPR)," jelasnya.
BACA: Dua tokoh korporat berentap dalam perlawanan skuasy amal
BACA: Pelaksanaan PKPB: Battle of the Bulge ditunda
Umavathi Ramayah
Fri Dec 18 2020
Perlawanan skuasy amal, Battle of the Bulge yang dijadualkan diadakan pada 18 Oktober lalu antara Tony Fernandes (kiri) dan Mohamad Salim Fateh Din ditunda dua kali sebelum ini. - Gambar Airasia/enterpriseasia.org
AirAsia terus sokong inisiatif FLYsiswa, permohonan baucar kini dibuka
Pelajar kini punya akses ke 47 laluan di seluruh rangkaian domestik AirAsia, menghubungkan Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan.
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura dapat tarik FDI daripada syarikat multinasional - Maybank IB
Johor mempunyai tenaga buruh yang kompetitif, tanah yang banyak dan sumber tenaga yang lebih murah.
UTM optimis pacu teknologi AI negara, lahir tenaga mahir
Inisiatif kolaboratif dengan institusi akademik lain dikenali sebagai Konsortium AI Malaysia turut diperkenal.
337 stesen pemancar 5G beroperasi di Pahang
Baki 24 struktur disasarkan untuk disiapkan menjelang penghujung suku kedua tahun ini sekali gus menepati sasaran liputan 5G di kawasan berpenduduk.
Dua dokumentari warisan Malaysia disenarai dalam MOWCAP
Dua dokumentari itu ialah At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah: Genealogical History of Kedah State dan The Royal Correspondence of Baginda Omar.
Ibu bapa berperanan penting dalam tumbesaran kanak-kanak
Beliau berkata pelbagai masalah mungkin timbul, sekiranya kanak-kanak tidak mendapat perhatian yang cukup daripada ibu bapa.
10 pekerja maut dalam letupan kilang mercun di India
Sekurang-kurangnya 10 pekerja termasuk enam daripadanya wanita terbunuh dalam letupan di kilang mercun berlesen di kampung Sengamalapatti di Sivakasi, Tamil Nadu, India.
Filipina gesa diplomat China diusir
Ia berhubung dakwaan kebocoran perbualan telefon dengan seorang pegawai tentera Filipina berhubung perbalahan di Laut China Selatan.
Astro Kem Badminton singgah di Johor Bahru
Dengan kerjasama Felet dan Carrie Bacbuster, peserta diuji dengan latihan intensif dengan harapan akan terpilih ke kem latihan bersama Akademi Badminton Malaysia (BAM).
61 maut akibat strok haba di Thailand
Kementerian Kesihatan hari ini memaklumkan, kematian akibat strok haba di Thailand setakat tahun ini adalah 61 kes, lebih banyak daripada angka keseluruhan direkodkan tahun lalu.
Lima NGO terima sumbangan RM750,000 meskipun perlawanan skuasy amal ditunda
Sumbangan sejumlah RM750,000 yang dikumpul menerusi perlawanan skuasy amal Battle of the Bulge diserahkan kepada lima NGO yang aktif membantu golongan kurang berkemampuan sejak pandemik COVID-19.
Dua tokoh korporat berentap dalam perlawanan skuasy amal
Perlawanan amal 'Battle of the Bulge' itu bertujuan mengumpul dana untuk menyediakan makanan kepada golongan memerlukan yang terjejas oleh penularan pandemik COVID-19.