SEBANYAK 39 kes atau 2.6 peratus kes positif COVID-19 yang dilaporkan pada 31 Mac adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan Depot Tahanan Imigresen (DTI).

Ia membabitkan Kluster Telok Mas (19 kes), Kluster Tembok Tapah (7 kes), Kluster Tembok Muhasabah (5 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (3 kes), Kluster Pagar Bukit Chagar (2 kes), Kluster Depot Imigresen Semuja (2 kes), dan Kluster Tembok Bukit Besi (1 kes).

Berikut lima perkara penting kenyataan media KKM pada 31 Mac

1) Sebanyak 1,482 kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan kes ialah 345,500.

2) Kementerian Kesihatan merekodkan 1,070 kes sembuh

3) Malaysia juga merekodkan tambahan tujuh kematian menjadikan jumlah keseluruhan ialah 1,272.

4)  Kementerian Kesihatan juga merekodkan 13 Kluster baharu.

5) Sebanyak 12 Kluster pula diisytihar tamat.