Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan 12 kes positif COVID-19 dikesan di negara ini setakat jam 12 tengah hari Isnin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, 10 kes merupakan penularan tempatan melibatkan rakyat tempatan manakala dua lagi adalah kes import membabitkan warga asing.

Berikut adalah lima perkara penting dalam kenyataan media KKM pada 17 Ogos 2020.

1- Sebanyak 12 kes baharu jangkitan COVID-19 direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 9,212 kes.

2- Sebanyak 10 kes penularan tempatan melibatkan warganegara daripada Kluster Tawar dan Sala.

3- Sebanyak dua kes import membabitkan warga asing.

4- Sebanyak lapan kes sedang dirawat di ICU, dua daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

5- Jumlah kematian kekal sebanyak 125 kes.