KUALA LUMPUR: Ini lima sebab mengapa kita perlu kurangkan kebergantungan terhadap ujian Ujian Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) terutama dalam gelombang Omicron.

Perkara itu dikongsi Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menerusi satu perkongsian di Twitternya pada Isnin.

1. PCR lebih mahal berbanding Kit ujian pantas (RTK) Antigen yang lebih murah dan mudah didapati.

2. Keputusan PCR mengambil masa yang lama, antara 24 jam hingga 48 jam. Keputusan ujian RTK boleh diperolehi dalam tempoh 15 minit.

3. Pakar kesihatan berpendapat RTK sudah memadai untuk mengesan kes positif yang mempunyai tahap kebolehjangkitan yang tinggi.

4. Ada sesetengah Ujian PCR akan terus menunjukkan positif meskipun pesakit sudah pulih kerana mempunyai tahap sensitiviti yang tinggi.

5. Ujian RTK lebih efektif ketika negara mendepani gelombang Omicron bagi mengesan kes positif dengan lebih pantas.