Lima lelaki termasuk seorang bergelar ''Datuk'' hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menganggotai kumpulan jenayah terancang, ''Geng 24''.
Tertuduh Lim Boon Hooi, 40, dan Toh Kae Luen, 26, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Mandarin dan Hokkien di Mahkamah Sesyen 1 di hadapan Hakim Norsalha Hamzah.
Di Mahkamah Sesyen 2, Datuk Koh Thiam Hua, 38, Chan Yi Heng, 22, dan Harry Tan Cheng Yu, 31, turut mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Irwan Suaibon.
Mengikut kertas pertuduhan, kesemua anggota terbabit didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang ''Geng 24 Pulau Pinang'' sepanjang 1 Jan 2015 hingga 6 Mei lepas.
Kesemua mereka didakwa mengikut Subseksyen 130V(1) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang boleh dihukum di bawah subseksyen yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.
Tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh kerana mereka ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).
Pertuduhan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Lim Cheah Kit dan tiada sebarang jaminan ditawarkan kepada kesemua tertuduh.
Toh diwakili peguam Muhamad Asri Abdul Hamid, Koh diwakili peguam Mohd Zulfiqri Zakaria dan Chan diwakili peguam S. Raveentharan manakala dua lagi tertuduh tidak diwakili peguam.
Norsalha dan Irwan menetapkan tarikh sebutan 5 Julai untuk memberi tempoh kepada pihak pendakwaan menfailkan permohonan memindahkan kes berkenaan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 29 2017
Lima lelaki termasuk seorang bergelar ''Datuk'' hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menganggotai kumpulan jenayah terancang, ''Geng 24''. -Gambar hiasan
Mesyuarat Khas WEF di Arab Saudi, PM Anwar & Pemimpin Dunia
Dunia sedang diasak dengan pelbagai masalah dan ramai yang bertanya; apa hala tuju dan ‘Wawasan Baharu’ dunia? Ikuti langsung Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Rwanda, Paul Kagame, Menteri Ekonomi Arab Saudi, Faisal Alibrahim berkongsi pentas di Mesyuarat Khas WEF berlangsung di Riyadh.
#AWANInews #SpecialMeeting24
#AWANInews #SpecialMeeting24
Landskap pelancongan Labuan alami peremajaan untuk tingkat daya tarikan
Sektor pelancongan merupakan pemacu ekonomi utama dan Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) komited untuk mengukuhkannya.
Nahas helikopter Lumut: Khidmat kaunseling diteruskan bergantung keperluan - Noraini
Hasil pemerhatian mendapati waris mangsa masih bersedih, namun kuat semangat untuk menerima kejadian yang menimpa ahli keluarga mereka.
TH tanggung lebih RM350 juta kos tunai haji tahun ini
Lembaga Tabung Haji menanggung lebih RM350 juta membabitkan kos menunaikan haji menerusi Bantuan Kewangan Haji pada tahun ini.
Mesyuarat Khas WEF, Perdana Menteri dan Pemimpin Dunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan ucapan dalam Sidang Plenari Pembukaan Mesyuarat Khas World Economic Forum (WEF) di Arab Saudi. Ikuti analisis menyeluruh bersama Penganalisis Ekonomi, Fithra Faisal Hastiadi; Ketua Pengarang Astro AWANI, @AshwadIsmail; dan Pengarang Niaga AWANI, @NajibAroff #BuletinAWANIKhas
Hubungan bilateral ASEAN tetap kukuh walaupun mungkin ada perbezaan- Anwar Ibrahim
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara tiada masalah menjalin hubungan dengan anggota ASEAN sebagai satu kumpulan walaupun mungkin terdapat perbezaan. Beliau berkata demikian ketika bercakap di World Economic Forum pada Ahad.
Amang seksual: Inspektor polis akan ditahan kerja
Pegawai polis berpangkat inspektor yang ditahan selepas disyaki melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja dikenakan tindakan tahan kerja.
Pelaburan dari negara luar, negara harus menyahut cabaran baharu-Anwar Ibrahim
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bercakap di World Economic Forum pada Ahad mengakui bahawa dengan pelaburan daripada negara-negara luar, pelbagai cabaran yang baharu Kerajaan Malaysia harus sahut.
Sultan Terengganu kurnia darjah kebesaran kepada 104 individu
Sultan Terengganu berkenan mengurniakan Bintang-bintang Darjah Kebesaran Negeri Terengganu Darul Iman kepada 104 individu di Istana Syarqiyyah, hari ini.
WEF: Piawaian ekonomi mampan harus adil, saksama kepada negara membangun - Tengku Zafrul
Transisi ke arah ekonomi yang mampan harus dilaksanakna secara saksama dan adil, kata Menteri Perdagangam Pelaburan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Lima termasuk 'Datuk' didakwa anggotai kumpulan jenayah
Tertuduh Lim Boon Hooi, 40, dan Toh Kae Luen, 26, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Mandarin dan Hokkien di Mahkamah Sesyen 1 di hadapan Hakim Norsalha Hamzah.