KUALA LUMPUR:Tempoh 24 jam lalu negara mencatatkan bilangan kes sembuh COVID-19 yang tertinggi iaitu sebanyak 3,321 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah sebanyak 94,492 kes (80.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Berikut adalah lima tumpuan kenyataan media Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini, Sabtu (2 Januari 2021):

1) Sebanyak 2,295 kes baharu COVID-19 dicatatkan hari ini, menjadikan kes kumulatif setakat ini sebanyak 117,373.

2) Selangor terus mencatat kes harian tertinggi dengan 638 kes, diikuti Johor dengan 580 kes dan Pulau Pinang sebanyak 288 kes.

3) Sebanyak 135 kes yang dilaporkan berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara. Kes aktif keseluruhan ketika ini berjumlah 22,398. 

4) Sembilan kematian direkodkan hari ini menjadikan kes kumulatif kematian sebanyak 483.

5) Sembilan kluster baharu dikenal pasti membabitkan Johor, Selangor, Sabah, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu dan Sarawak.