KUALA LUMPUR:Seramai 276 individu dikompaun manakala seorang lagi direman atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Berikut tumpuan sidang media Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 8 Januari:

1) Daripada 277 individu yang ditahan kerana ingkar PKP, 276 individu telah dikenakan kompaun manakala seorang lagi direman.  

2) Seramai 26 pendatang asing tanpa izin (PATI) selain turut merampas sembilan buah kenderaan darat menerusi Op Benteng. 

3) Kerajaan bersetuju untuk membina Pos Terapung bagi memperketatkan lagi kawalan PATI melibatkan kawasan di Pulau Ketam, Selangor. 

4) 119,940 pekerja warga asing telah menjalani ujian saringan COVID-19. Sejumlah 2,574 pekerja asing disahkan positif hasil saringan COVID-19.

5) 100,319 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa bagi tempoh 24 Julai sehingga 7 Januari dan ditempatkan di pusat kuarantin.