PUTRAJAYA:Malaysia mencatatkan jumlah pesakit yang pulih daripada pandemik COVID-19 dalam tempoh 24 jam ialah sebanyak 900 kes.

Sementara jumlah jangkitan positif yang baharu pula sebanyak 834 kes.

Berikut, lima tumpuan utama petikan daripada sidang media Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini.

1. 834 kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 sebanyak 33,339.

2. Dua kes kematian baharu menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian sebanyak 251 kes.

3. Kementerian Kesihatan Malaysia juga mengesan lima lagi kluster baharu COVID-19.

4. Kes aktif kebolehjangkitan COVID-19 kini sebanyak 9,968 kes.

5. 91 kes sedang dirawat di ICU, 32 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

COVID-19: 834 kes baharu dilaporkan, Labuan rekod 105 jangkitan

BACA: COVID-19: Data dan informasi setakat ini (Dikemas kini setiap hari)