awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gajah liar berjaya dipindahkan dengan bantuan Sanum dan Rambai
Negara Teluk Arab gesa AS tidak lancarkan serangan ke atas Iran
Penduduk Dungun nikmati suhu luar biasa, serendah 18 darjah Celsius
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lindung perniagaan haram: SPRM reman enam lagi anggota, pegawai polis

Bernama
Bernama
14/01/2026
09:00 MYT
Lindung perniagaan haram: SPRM reman enam lagi anggota, pegawai polis
Enam anggota dan pegawai polis termasuk seorang pesara ditahan reman disyaki menerima rasuah kira-kira RM117,000 sebagai balasan tidak tindakan undang-undang. -Foto Bernama
GEORGE TOWN: Enam lagi anggota dan pegawai polis termasuk seorang pesara ditahan reman kerana disyaki meminta serta menerima rasuah kira-kira RM117,000.

Ringkasan AI
  • Enam anggota dan pegawai polis termasuk seorang pesara ditahan reman disyaki menerima rasuah kira-kira RM117,000 sebagai balasan tidak kenakan tindakan undang-undang.
  • Siasatan menunjukkan suspek melakukan perbuatan tersebut antara 2016 hingga 2021 dengan menerima rasuah bulanan RM500 hingga RM2,000.
  • Seorang pegawai polis berpangkat ASP turut ditahan kerana disyaki menerima suapan RM27,000 bagi tidak mengambil tindakan terhadap pemilik syarikat pusat hiburan, pusat urut, dan judi haram.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Sogokan itu dipercayai sebagai balasan tidak mengambil tindakan terhadap dua pemilik syarikat yang melakukan kesalahan undang-undang seperti pusat hiburan, pusat urut dan judi haram.
Majistret Syahirah Abdul Salim mengeluarkan perintah reman selama lima hari hingga 18 Jan selepas permohonan dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret, di sini hari ini.
Menurut sumber, kesemua suspek lelaki berusia lingkungan 40 hingga 60-an itu ditahan antara 11 pagi hingga 4 petang semalam, ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Pulau Pinang.
"Siasatan awal mempercayai kesemua suspek melakukan perbuatan tersebut antara 2016 hingga 2021 dengan modus operandi yang sama, iaitu menerima rasuah antara RM500 hingga RM2,000 setiap bulan.
"Seorang suspek disyaki telah menerima wang rasuah melalui transaksi pemindahan wang secara dalam talian ke akaun pihak ketiga, manakala lima lagi ke akaun peribadi masing-masing daripada pemilik syarikat pinjaman wang berlesen dan pemilik syarikat perkhidmatan kesihatan manusia serta judi haram," katanya.
Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
Semalam, seorang pegawai polis berpangkat ASP ditahan reman kerana disyaki meminta serta menerima suapan kira-kira RM27,000 sebagai balasan tidak mengambil tindakan terhadap dua pemilik syarikat yang melakukan kesalahan seperti pusat hiburan, pusat urut dan judi haram.
-- BERNAMA

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Berapakah jumlah wang rasuah yang disyaki diterima oleh enam anggota dan pegawai polis yang ditahan reman? A: Mereka disyaki menerima rasuah kira-kira RM117,000.
  • Q: Apa modus operandi yang digunakan dalam kes rasuah yang disiasat? A: Modus operandi yang sama ialah menerima rasuah bulanan antara RM500 hingga RM2,000 dari pemilik syarikat yang melakukan kesalahan undang-undang.
  • Q: Siapakah yang turut ditahan reman selain daripada enam anggota polis? A: Seorang pegawai polis berpangkat ASP juga ditahan kerana didakwa menerima suapan RM27,000 bagi tidak mengambil tindakan terhadap pemilik syarikat pusat hiburan, pusat urut, dan judi haram.

Topic Berkaitan
#SPRM
#pegawai polis
#sogokan
#Mahkamah Majistret
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan