Pasukan Lions XII FC dari Singapura terus mengekalkan penguasaan mereka di persada Liga Super walaupun hanya mencatatkan keputusan seri 1-1 ketika menentang Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam Sabtu.
Keputusan tersebut membolehkan mereka mengumpul 24 mata selepas mengharungi 12 perlawanan liga.
Pemain import baharu dari Brazil, Leandro Barbosa Fabio menceriakan penyokong Hoben Jang Hoben dengan gol pendahuluan pada minit ke-15 sebelum Fazrul Nawaz menyamakan kedudukan untuk pasukan Lions XII pada minit ke-20.
Nasib malang menimpa Negeri Sembilan selepas pemain mereka, Abdul Ghani Abdul Rahman dibuang padang oleh pengadil perlawanan, Mohammad Zamzaidi Katimin pada minit ke-71 kerana melakukan kekasaran ke atas Nazrul Nazari.
Selangor pula kembali merampas kedudukan kedua liga daripada Johor Darul Takzim (JDT) FC selepas berjaya mengalahkan Felda United FC, 2-0 di Stadium Shah Alam.
Dua gol skuad Gergasi Merah hasil jaringan K. Gurusamy pada minit ke-50 dan Francis Forkey Doe (minit ke-81) membolehkan berkongsi 22 mata dengan JDT FC, namun berada di kedudukan kedua liga berdasarkan perbezaan jaringan.
Di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Baharu, Kelantan menerima tamparan hebat selepas dikejutkan dengan kekalahan 1-3 kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Kapten pasukan pelawat, Hairuddin Omar membuka tirai jaringan seawal minit ke-11 selepas rembatan kencangnya terkena pertahanan Kelantan, Nik Mohd Shahrul Azim Abdul Halim sebelum membias masuk untuk menewaskan Khairul Fahmi Che Mat di gawang Kelantan.
Christe Jayaselan menambah derita pasukan bimbingan Bojan Hodak dengan gol kedua pada minit ke-21 selepas beliau memanfaatkan hantaran lintang sebelah kiri daripada Marlon Alex James.
Mohd Faiz Subri bagaimanapun mengurangkan defisit jaringan menerusi gol pada minit ke-39 sebelum Marlon memastikan tiga mata penuh dengan gol kemenangan pada minit ke-64.
Pahang turut mengutip tiga mata penuh selepas menewaskan wakil kelab Terengganu, T-Team dengan keputusan 2-1 di Stadium Darul Makmur, Kuantan.
Dua gol skuad Tok Gajah disumbangkan oleh K. Gopinathan pada minit ke-51 dan Mohd Razman Roslan, sembilan minit kemudian sebelum pasukan pelawat merapatkan jurang jaringan menerusi gol Azrul Hazran Amiluddin Baki pada minit ke-82.
Bernama
Sat Apr 13 2013
PM Anwar sampai Perutusan Negara 9 malam ini
Perdana Menteri dijangka menerang serta mencerahkan mengenai pelbagai isu dalam dan juga luar negara.
Lelaki rentung dalam kebakaran pangsapuri di Damansara Damai
Seorang lelaki ditemui rentung dalam kejadian kebakaran bilik sebuah pangsapuri di Damansara Damai, Apartmen Lestari, Damansara Damai, Petaling Jaya, pada Isnin.
KKM saran individu divaksin, ambil vaksin
Dalam pada itu, individu yang belum dan tidak pernah mengambil vaksin Covid-19 disarankan untuk mengambil dua ke tiga dos vaksin Covid-19 bagi mengelakkan sebarang penularan penyakit itu.
Menurut pakar perubatan kesihatan awam bahagian kawalan penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Tan Seok Hong, meskipun permintaan vaksinasi pada ketika ini rendah, mereka boleh membuat temujanji di beberapa klinik kesihatan yang masih menyimpan vaksin tersebut untuk proses vaksinasi.
Menurut pakar perubatan kesihatan awam bahagian kawalan penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Tan Seok Hong, meskipun permintaan vaksinasi pada ketika ini rendah, mereka boleh membuat temujanji di beberapa klinik kesihatan yang masih menyimpan vaksin tersebut untuk proses vaksinasi.
COVID-19 akan sentiasa ada bersama masyarakat
Virus Covid-19 akan terus kekal bersama masyarakat.
Menurut pakar perubatan kesihatan awam bahagian kawalan penyakit kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Tan Seok Hong, meskipun fasa kecemasan telah berakhir di negara ini, masyarakat perlu berwaspada dengan mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya gelombang baharu virus itu tercetus rentetan peningkatan kes gelombang baharu Covid-19 di Singapura.
Menurut pakar perubatan kesihatan awam bahagian kawalan penyakit kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Tan Seok Hong, meskipun fasa kecemasan telah berakhir di negara ini, masyarakat perlu berwaspada dengan mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya gelombang baharu virus itu tercetus rentetan peningkatan kes gelombang baharu Covid-19 di Singapura.
[TERKINI] 4 individu mengaku bersalah datangkan bahaya masak mi segera
Empat individu termasuk seorang pembantu pergigian dan ejen hartanah mengaku bersalah di Mahkamah Bentong hari ini atas pertuduhan mendatangkan bahaya kepada orang lain.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini kerana sentimen pasaran telah dipengaruhi oleh komen-komen daripada pegawai Rizab Persekutuan Amerika Syarikat.
KDNFC nafi peletakan jawatan Timbalan Presiden, CEO kerana isu gaji pemain
Kelantan Darul Naim FC (KDNFC) menafikan peletakan jawatan Timbalan Presiden KDNFC Datuk Zamri Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif Wan Mohd Zul Ikman adalah disebabkan isu pembayaran gaji pemain.
Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan aktiviti ambil untung
Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung susulan prestasi positifnya semalam serta menjejaki prestasi semalaman Wall Street.
Urus niaga mencurigakan, tiada keperluan mendesak jual pegangan MAHB - Radzi Jidin
Beliau mempersoalkan tindakan kerajaan yang dilihat terlalu gelojoh untuk mengeluarkan MAHB daripada Bursa Malaysia.
[TERKINI] PM sampaikan Perutusan Negara malam ini
Astro AWANI akan membawakan siaran langsung komprehensif bersama pakar bermula pukul 8.30 malam.
Akhyar Rashid kembali jalani latihan ringan di padang
Pemain berusia 25 tahun itu mula menjalani latihan ringan setelah berehat selama dua minggu akibat kecederaan dialaminya.
KL City congak strategi tanpa kelibat Kamal Azizi
Pemain pertahanan kelahiran Kuala Berang, Terengganu itu mengalami kecederaan ketika KL City terikat 1-1 bertemu Kuching City FC pada Ahad.
Liga Super: Tangan Kamal Azizi patah terkena bola sepakan pemain Kuching City
Kamal dikeluarkan seawal minit pertama perlawanan selepas bola sepakan pemain pertahanan Kuching City terkena tangan kanannya.
Liga Super: Steinbruckner tak puas hati prestasi TFC
Ketua Jurulatih TFC Tomislav Steinbruckner menganggap anak buahnya tidak mencapai tahap diharapkan, meskipun meraih kemenangan 3-1 ke atas Perak FC.
Machado, Saddil mungkin terlepas aksi pertama Liga Super - Kim Swee
Dua pemain import Sabah FC iaitu Ramon Machado dan Saddil Ramdani mungkin terlepas aksi pertama Liga Super menentang Penang FC.
Liga Super: Usah terburu-buru kejar sasaran - Kim Swee
Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee enggan anak buahnya terburu-buru dan mengejar sasaran tidak realistik pada awal fasa Liga Super musim ini.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
Kedah selamat, kekal beraksi dalam saingan Liga Super
Kedah Darul Aman FC berjaya menyelesaikan tunggakan gaji bagi tahun 2023 sekali gus dibenarkan beraksi dalam saingan Liga Super musim ini.
Perak tagih sentuhan penyerang import perkuat jentera serangan
Ia cabaran yang perlu dihadapi pemain import itu memandangkan tempoh yang ada untuk melakukan persediaan berbaki kurang tiga minggu.
KDA FC mohon penyokong bantu pasukan
Katanya, setakat 3 petang semalam, pihak pengurusan berjaya mengumpul 90 peratus daripada dana yang diperlukan.